Syariat Agihan Firman Allah S.W.T. di dalam surah at – Taubah ayat 60 : Maksudnya : “ Sesungguhnya sedekah itu ( zakat ) hanyalah untuk orang- orang fakir dan orang – orang miskin dan amil- amil yang mengurusnya, dan orang- orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba- hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang- orang yang berhutang dan untuk dibelanja pada jalan Allah dan orang- orang musafir yang keputusan dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”. Asnaf Zakat ![]() KELULUSAN BAJET ZAKAT ![]() Objektif Agihan
Keperluan Asasi / Had Al Kifayah
Takrif Asnaf Takrif Fakir Seseorang yang tidak mempunyai harta dan hasil usaha ( pekerjaan ) yang boleh memenuhi keperluan asas ( daruriat ) bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya bukan keperluan tambahan ( hajiat ) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsiniat ), termasuk juga mereka yang tidak ada daya usaha dengan sebab seperti penyakit. Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300.00 sebulan tetapi hanya memperolehi tidak sampai 50% keperluan tersebut untuk menampung keperluan asasi diri dan tanggungan di bawahnya. Takrif Miskin Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasi ( daruriat ) tetapi tidak mencukupi untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya. Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300 sebulan tetapi hanya memperolehi sebahagian ( 50% ) atau lebih tetapi tidak sampai memenuhi keperluan asasi sebenar bagi diri dan tanggungannya. Takrif Amil Individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat. Takrif Muallaf Mereka yang hatinya baru berjinak– jinak dengan agama Islam dan mendapat hidayah menganuti Islam supaya mereka merasakan adanya tempat bergantung bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Takrif Gharim Golongan yang berhutang utuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera selaras dengan hukum Syarak. Takrif Riqab Mereka yang dimiliki oleh tuannya bagi membolehkan mereka membebaskan / menebus diri masing– masing. Takrif Ibnu Sabil Orang yang terputus bekalan ( perbelanjaan ) semasa perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan yang diharuskan oleh Syarak. Takrif Fisabilillah Mereka yang berjuang, berusaha, mempertahankan dan meningkatkan penghayatan dan syiar Islam. Had Al Kifayah sebagai pengukur garis Kemiskinan Takrif Haddul KifayahDari segi bahasa : Kadar kecukupan Dari segi Syarak : Kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Sistem agihan ke atas golongan fakir dan miskin sama ada Islam asal atau muallaf adalah berasaskan kepada keperluan asasi ( daruriat ) bukan keperluan tambahan ( hajiat ) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsiniat ) seseorang itu mengikut kaca mata Islam bagi diri dan keluarga di bawah tanggungannya sesuai dengan tempat, masa serta status sosial seseorang itu bagi keperluan minima: KEPERLUAN ASASI • Makan dan minum • Tempat tinggal • Pakaian • Pendidikan • Perubatan • Pengangkutan Kategori Individu Dalam Had Kifayah
Lokasi Kawasan BandarayaKawasan yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berikut : Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kawasan BandarKawasan yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berikut : Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Pihak Berkuasa Tempat Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Segamat Utara, Majlis Daerah Pontian, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Mersing, Majlis Daerah Tangkak, Majlis Daerah Yong Peng, Majlis Daerah Simpang Renggam dan Majlis Daerah Labis. Kawasan Luar Bandar Kawasan yang terletak di luar pentadbiran mana- mana Pihak Berkuasa Tempatan. Status Rumah Status rumah terbahagi kepada dua : 1. Rumah percuma iaitu rumah milik sendiri atau didiami secara percuma. 2. Rumah berbayar iaitu rumah milik sendiri yang belum habis dibayar atau rumah sewa dan seumpamanya Skim-skim Bantuan Asnaf
SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT
-----------------------------
" Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang menguruskan dan muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demlkian adalah) satu ketetapan yang datangnya dari Allah, dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" |
Panduan Permohonan Bantuan Zakat
Memenuhi syarat umum iaitu :
• Islam
• Warganegara Malaysia @ Penduduk tetap dengan syarat pasangan adalah warganegara Malaysia.
• Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 1 tahun dan ke atas
• Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
• Melepasi proses Had Kifayah yang ditetapkan.
Panduan Permohonan :
• Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan bantuan zakat MAINJ dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
• Setiap borang hendaklah disertakan salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
• Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan pemohon tinggal bermastautin.
• Setiap borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke MAINJ daerah berkenaan.
• Menyertakan lampiran berkaitan permohonan.



klu untuk ibu tunggal ...... kt mn ibu sy blh mohon
BalasPadamSalam. Saya ingin tahu tentang skim bantuan menjelaskan hutang.Bolehka saya dapatkan details.Email saya adam969172@yahoo.com 0176273635
BalasPadamWasllam
Maaf kelewatan untuk dibalas, saya mencadangkan anda pergi merujuk terus ke pejabat agama agar mendapat penjelasan yang jelas dan nyata. thanks.
BalasPadamsalam...mcm mana nk download borang bantuan zakat negeri johor
BalasPadamsalam...mcm mana nk download borang bantuan zakat
BalasPadamAs Salam. Saya anak kelahiran johor dan berstatus ibu tunggal. Saya bekerja di sebuah Pusat Perkembangan Islam Kanak-kanak yg di kenali sebagai GENIUS AULAD, AN ISLAMIC ENRICHMENT CENTRE yg bahasa perantaraannya adalah bahasa Inggeris. Saya telah 4 tahun bekerja dgn Genius Aulad. Oleh kerana negeri Johor belum lagi mempunnyai cawangannya, saya telah ditawarkan oleh Pengarah Eksikutif Genius Aulad untuk menjadi franchaisi syarikat ini di Johor Bahru. Sebagai ibu tunggal saya tidak mampu utk menyediakan sejumlah yg diperlukan. Bolehkah saya memohon bantuan zakat untuk tujuan saya ini? Terima kasih.
BalasPadamjika saya mahu mendaftarkan diri untuk bantuan2 di jabatan agama bagaimanakah caranya?
BalasPadamsalam saya nak tanya apa bantuan yang boleh di mohon oleh ibu tunggal..n bagaimana untuk mendapatkan borang bantuan bina rumah kos rendah bg ibu tunggal...email selly_afiq@yahoo.com
BalasPadamassalam..nk tanya mcmane agihan zakat tuk skim perubatan dilaksanakan sama ada bg org miskin dan kaya?hrp dpt jelaskan dengan kadar segera terima kasih
BalasPadamsalam.anak saya daftar kolej swasta april tahun 2011.boleh mohon bantuan pendaftaran lagi ke.tq
BalasPadamsalam...kalau sy nk mohon dermasiswa pelajar mcm mne..??
BalasPadamAssalamualikum,
BalasPadamBoleh ke saudara beri sedikit info tentang Skim Bantuan Menjelaskan Hutang MAIJ ini.Ni email saya hamziemusa@yahoo.com.