Khamis, 25 Oktober 2012

Bajet 2013: PTPTN




























Bersempena dengan Bajet 2013, PTPTN turut memberikan diskaun kepada peminjam 


dan insentif pelepasan taksiran cukai ke atas 


simpanan bersih dalam SSPN. 



  1. Maklumat (FAQ) Pemberian Diskaun 20% Kepada Peminjam/ Penerima Biaya PTPTN
  2. Maklumat (FAQ) Pemberian Diskaun 10% Kepada Peminjam/ Penerima Biaya PTPTN
  3. Maklumat (FAQ) Insentif Pelepasan Taksiran Cukai Ke Atas Simpanan Bersih Dalam SSPN-i Sehingga RM6,000.00
  4. Maklumat (FAQ) Tambahan 



Layari pautan berikut bagi maklumat lanjut.






Bajet 2013: Komuter1Malaysia




Bagi mereka yang kerap menggunakan komuter sebagai pengangkutan anda ke tempat kerja, bolehlah memohon kad diskaun komuter1malaysia ini.

Syarat utama adalah warganegara malaysia dan pendapatan dibawah RM 3000 sebulan da ke bawah.
Gunakanlah kesempatan yang diberikan sebaik mungkin.
layari pautan berikut untuk mendaftar secara online.

Komuter1Malaysia. 




Selasa, 17 April 2012

Benarkah Isu PTPTN dipolitikkan???

Hangat tak hangat isu ini melebihi takat paras didih sekarang ini apabila isu PTPTN banyak diperkatakan tak kira di MukaBuku (Facebook) dan media.

Saudara sekalian, kita ketahui juga bahawa tidak lama lagi Pilihanraya Umum ke-13 bakal diadakan.
Masing-masing parti politik mahu menjadi juara dalam perkara ini. Kenapa? Jom kita kaji sikit.

Ada 1 pihak parti sibuk untuk menghapuskan PTPTN, tapi kita tahu tak apa sebenarnya yang mereka ingin perjuangkan? Tahu? Tahu? Kalau ada yang tahu, baguslah. Yang belum tahu, kajilah, jangan tiba-tiba duduk menyampuk saja.

Tapi kenapa baru sekarang ye baru hendak membawa isu ini? kenapa tidak dibawa agenda ini pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu? kenapa ? kenapa? cuba kasi terang sedikit kepada yang tak terang.


Ada 1 pihak lagi tiba-tiba pulak sibuk nak hapuskan caj pentadbiran, tapi kenapa baru sekarang? tidakkah anda sedar caj pentadbiran ini juga telah membebankan? cukuplah sekadar membayar semula jumlah yang dipinjamkan. Kenapa baru nak dekat pilihanraya baru nak ada usaha tentang perkara ini? Adakah tidak sedarkah tentang perkara ini sejak awal lagi?

Jadi kalian semua berfikirlah dengan rasional, jangan bertindak secara emosi. Berfikirlah dahulu dengan tindakan bakal yang dilakukan.

Bagi saya, ini semua adalah isu politik. Masing-masing mahu menjadi juara tentang perkara ini. Mana mungkin isu ini hangat diperkatakan jika bukan hampir dengan pilihanraya? Modal-modal isu politik. ada pihak yang betul-betul ikhlas memperjuangkan isu ini? Semua ada kepentingan masing-masing.

Sabtu, 14 April 2012

Tumbuk polis tahan kereta

MELAKA: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ditahan awal pagi kelmarin, selepas didakwa menyerang dengan menumbuk muka anggota polis di Bukit Beruang, dekat sini.
Menurut sumber, kejadian berlaku antara jam 2 pagi hingga 3 pagi itu, ketika suspek diarah memberhentikan kereta dipandunya oleh sepasukan anggota polis peronda yang bertugas.
“Arahan penahanan keretanya selepas dia didapati memandu dalam keadaan cuai dan berbahaya.
“Sebaik dihampiri anggota polis, suspek enggan bekerjasama lalu berlaku perbalahan.
“Suspek dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis dan menyerangnya dengan menumbuk mukanya menyebabkan rakan mangsa terpaksa memberi bantuan,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, suspek dibawa ke Balai Polis Ayer Keroh untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penahanan suspek.

Dalam perkembangan sama, sumber SPRM negeri ketika dihubungi turut enggan mengulas berhubung perkara itu dan menegaskan pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut.



Sumber: myMetro | Tumbuk polis tahan kereta

Selasa, 10 April 2012

Berbeza Pendapat Bererti Membangkang Ke???

"Berbeza pendapat bererti membangkang atau tidak menyokong"
"Bersependapat atau Sama pendapat bererti menyokong atau tidak menentang"



Kupasan kali ini adalah mengenai dua ayat di atas. Mungkin kalian semua pernah mendengar petikan tersebut atau lebih kurang sama maksud dengan ayat tersebut tetapi mungkin struktur ayat yang berbeza. Kupasan saya untuk ini tidak akan panjang berjela, mudah dan ringkas sahaja untuk memahaminya.

Saya kecilkan skop perbincangan ini menjerumus kepada sesebuah organisasi. Dalam satu organisasi sudah pasti terdiri daripada beberapa kalangan individu. Yang sudah pasti mempunyai seorang ketua dan dibantu oleh ahli yang lain. Mana mungkin sesebuah organisasi dapat berkembang maju dan dapat berfungsi dengan sebaiknya jika hanya seorang sahaja yang bekerja.



Bos dan pekerja dibawahnya mana mungkin  mempunyai pendapat yang sama. Mana mungkin juga Ketua bersependapat dengan ahli yang lain tentang sesuatu perkara. Tidak mungkin setiap individu mempunyai akal fikiran dan pendapat yang sama. Mana mungkin setiap perkara dipersetujui oleh semua tanpa ada perbalahan tanpa ada pertikaian tanpa ada ya atau tidak.

Kesimpulannya adalah tidak bermakna seseorang itu berbeza pendapat menunjukkan dia tidak menyokong atau suka membangkang. Tidak bermakna juga seseorang itu sama pendapat menunjukkan dia sentiasa menyokong dengan apa yang dilakukan. Pendek kata, bukan mudah untuk memuaskan semua orang, yang pasti kita haruslah mempunyai jati diri dan pendirian dengan keputusan yang dibuat oleh kita. Bukanlah hanya mengekori keputusan orang lain tanpa membahaskan atau memikirkannya kesan baik dan buruk perkara tersebut. 


Berbeza pendapat juga sebenarnya membantu meningkatkan lagi produktiviti sesebuah organisasi. Memang akan wujud golongan seperti ini dalam mana-mana individu. Yang pasti setiap perkara yang diutarakan mestilah berfakta dan bernas diterima semua pihak.

Untungla pada mereka yang memikirkan sesuatu perkara dan kejadian Allah S.W.T.

1: Pingat Darjah Kebesaran bagi Pesalah Rasuah Harus Ditarik balik

Apa yang kita ketahui, pingat darjah kebesaran yang diberikan oleh Raja-raja Melayu dan TYT merupakan satu anugerah khas kepada mana-mana individu yang telah dinilai oleh Majlis Jumaah Diraja Negeri masing-masing atau seantara dengannya merujuk struktur pentadbiran kerajaan negeri.



Diketahui juga kita bahawa, individu-individu yang menerima inilah adalah antara individu yang terbaik bak dari segi sahsiahnya, budi pekerti, jasa baik, dan segalanya mengikut ketetapan kriteria yang telah ditetapkan. Individu yang dianugerahkan pingat seperti ini mempunyai contoh yang baik kepada semua masyarakat. Mana mungkin anugerah pingat darjah kebesaran seperti ini diberikan kepada mereka yang berkelakuan yang tidak baik dan menyalahi undang-undang.

Di sini saya hanya menekan satu cadangan atau pendapat atau suara kerdil yang tidak mungkin didengari oleh pemimpin atasan yang tinggi.

Wajarkah Pingat Darjah Kebesaran yang diterima oleh pesalah laku rasuah ditarik balik? 
Perlu ditarik balik kerana individu terbabit telah melakukan kesalahan besar yang tidak sewajarnya dia melakukannya. Adakah anda semua bersetuju? 



Cuba kita lihat semua kes-kes rasuah yang telah berlaku yang membabitkan individu yang menggunakan gelaran disebabkan Darjah Kebesaran yang diterimanya. Adakah gelaran darjah kebesaran atau pingat mereka ditarik? 

Akan disambung pada siri 2 dengan fakta yang lebih menarik lagi. Untuk permulaan ini saya hanya membuka ruang untuk anda berfikir sejenak tentang perkara ini. Mungkin anda juga mempunyai pendapat yang lebih menarik.

Isnin, 26 Mac 2012

SPRM Menjawab #17: "SPRM adalah tidak bertaring seperti BPR sebelum ini. Kenapa perlu ditukarkan kepada Suruhanjaya? Tidakkah lebih baik memindahkan Akta berkenaan tanpa ditukarkan kepada Suruhanjaya"?

Tujuan utama penubuhan SPRM adalah meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi SPRM. SPRM turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan SPRM bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara dan aspirasi masyarakat.

Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #14: "Mengapakah terdapat tomahan yang mengatakan saksi-saksi dan suspek dipukul oleh pegawai SPRM semasa soalsiasat?"

Dalam menjalankan tugas pemeriksaan saksi atau suspek, undang-undang tidak membenarkan pegawai SPRM melakukan sebarang penderaan fizikal bagi tujuan mendapatkan keterangan atau maklumat. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan sekiranya perkara ini berlaku.

SPRM mendapati bahawa terdapat kecenderungan suspek atau saksi membuat tohmahan dan laporan polis mengatakan mereka didera setelah mereka memberi pernyataan kepada pihak SPRM. Tujuan mereka membuat sedemikian adalah untuk digunakan sebagai pembelaan di Mahkamah nanti.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

Ahad, 25 Mac 2012

SPRM Menjawab #12: "Apakah harta pesalah akan dirampas dan apakah yang terjadi kepada harta yang telah dirampas itu "?

Sekiranya pendakwaan dibuat bagi sesuatu kesalahan, seksyen 40(1) Akta SPRM 2009 terpakai dimana Mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pelucuthakan apa-apa harta yang dibuktikan menjadi hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu jika kesalahan itu telah dibuktikan terhadap tertuduh atau kesalahan itu telah dibuktikan tetapi Mahkamah berpuashati bahawa tertuduh bukan pemunya yang sebenar atau sah dan tiada orang lain berhak kepada harta itu sebagai pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga.

Sekiranya tiada pendakwaan dibuat bagi suatu kesalahan, seksyen 41(1) Akta SPRM 2009 terpakai di mana Pendakwa Raya boleh, sebelum tamat tempoh 18 bulan dari penyitaan memohon kepada Hakim seorang Mahkamah Sesyen untuk mendapat perintah bagi pelucuthakan harta itu jika ia berpuashati harta itu diperolehi hasil daripada atau berkaitan suatu kesalahan di bawah Akta ini.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #11: "Bolehkah SPRM merampas dokumen atau harta atau barang kes tanpa memaklumkan kepada pemilik lebih awal"?

Undang-undang memberi kuasa kepada semua pegawai SPRM untuk bertindak merampas dokumen atau harta atau barang kes yang berkaitan dengan kes yang disiasat tanpa perlu memaklumkan kepada pemunya atau pemilik lebih awal lagi. Malah dalam proses siasatan, unsur kejutan (element of surprises) adalah penting untuk mengelakkan barang kes berkenaan dimusnahkan, disembunyikan, dilarikan dan seumpamanya sebelum ia diperolehi.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

Selasa, 20 Mac 2012

SPRM Menjawab #10: "Adakah SPRM akan memaklumkan kemajuan siasatan ke atas maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat atau pengadu"?

Dari segi undang-undang, SPRM tidak diwajibkan memaklumkan kepada pemberi maklumat atau pengadu tentang kemajuan siasatan ke atas maklumat atau aduan yang diberikan. Di samping itu, semua kandungan siasatan SPRM adalah terperingkat dan tidak boleh diumumkan secara terperinci selagi sesuatu kes itu tidak dibawa ke Mahkamah. 

Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #9: "Apakah SPRM akan mengambil tindakan terhadap maklumat yang dikemukakan walaupun hanya melalui surat layang"?

SPRM akan mengambil tindakan ke atas apa-apa maklumat termasuk melalui surat layang sekiranya maklumat itu mempunyai atau mengandungi asas wujudnya perlakuan atau amalan rasuah ataupun penyalahgunaan kuasa.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #7: "Bolehkah sesuatu tindakan diambil walaupun kejadian rasuah itu telah lama berlaku"?

Sesuatu maklumat tentang perbuatan rasuah yang berlaku dari tahun 1961 dan penyalahgunaan kuasa dari tahun 1970 hingga sekarang boleh dikemukakan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya. Dalam undang-undang jenayah, tiada had masa ditentukan untuk mengambil tindakan terhadap pelaku kesalahan.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #6: "Pemberi dan penerima rasuah adalah sama-sama melakukan jenayah dan bersalah dari segi undang-undang tetapi kenapa SPRM hanya mendakwa penerima rasuah saja"?

Persoalan itu tidak semestinya benar dalam semua keadaan. Jika ada mana-mana pihak termasuk orang ketiga yang boleh mengemukakan bukti yang mencukupi, meyakinkan dan boleh berdiri dengan sendirinya, maka kedua-dua pihak pemberi dan penerima rasuah malah orang perantaraan sekalipun boleh didakwa di Mahkamah. 

Dalam kebanyakan kes SPRM lazimnya satu pihak sahaja yang dikenakan pertuduhan sama ada pemberi atau penerima rasuah. Keadaan ini terjadi disebabkan tidak ada pihak ketiga yang tampil memberikan bukti atau keterangan di atas perlakuan kedua-dua pihak pemberi dan penerima rasuah itu. Dengan keadaan yang sedemikian adalah sukar untuk mendakwa kedua-dua mereka sebagai pemberi dan penerima rasuah. 

Pertimbangan juga dibuat untuk menentukan pihak mana yang menjadi mangsa antara si pemberi dan si penerima itu. Pilihan mempertuduhkan satu pihak, pada lazimnya berdasarkan pihak mana yang melaporkan perkara itu kepada SPRM sebagai bukti yang ia tidak bersetuju dan bukan rakan sejenayah dalam transaksi itu. 


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #5: "Di dalam pemilihan melalui tender adalah jelas tentang peraturan pengisytiharan dan keluar daripada mesyuarat pemilihan dan sebagainya supaya tidak dipertuduhkan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Bagaimana pula dengan masalah pemilihan melalui proses sebutharga?"

Di dalam pemilihan melalui sebutharga, peraturan-peraturan seperti dalam pemilihan tender juga perlu dipatuhi. Sekiranya seseorang pegawai itu mengetahui bahawa ada sebutharga yang dikemukakan kepadanya adalah terdiri dari orang yang mempunyai kepentingan dengannya, maka hendaklah beliau mengisytiharkan diri dan membiarkan keputusan pemilihan dilakukan oleh orang lain.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #4: "Adakah salah dari segi undang-undang sekiranya seorang pegawai awam menjadi broker selepas waktu pejabat dan mendapat komisyen?"

Sekiranya pegawai awam itu menjadi broker rasmi iaitu berdaftar dan sebagainya, maka ia menyalahi undang-undang melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatannya dan sekiranya pegawai awam itu melanggar Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 kerana menjalankan pekerjaan luar dengan imbuhan [Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993]


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #3: "Mengapakah hadiah dari satu segi boleh dipertimbangkan penerimaanya dengan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tetapi dari satu segi yang lain di bawah seksyen 25 Akta SPRM 2009 hendaklah dilaporkan kepada SPRM?"

Arahan tentang penerimaan hadiah sama ada mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakukan & Tatatertib) 1993, Pekeliling Bil. 3 Tahun 1998 (Penerimaan Hadiah dan Keraian Pegawai Awam) dan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 adalah sama sahaja iaitu di mana setiap penerimaan hadiah hendaklah dilaporkan. Sekiranya Ketua Jabatan membenarkan penerimaan barang tersebut maka barulah pegawai berkenaan boleh memiliki barang yang dihadiahkan. Di dalam seksyen 25 Akta SPRM 2009 dinyatakan apabila pemberian tersebut adalah dirasakan sebagai pemberian rasuah maka perbuatan tersebut perlulah dilaporkan kepada Polis yang berdekatan atau kepada SPRM.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #2: "Apakah hadiah atau cenderahati boleh digolongkan sebagai rasuah?"



Hadiah termasuk cenderahati adalah merupakan salah satu bentuk suapan rasuah. Dengan demikian, jika sesuatu hadiah/cenderahati tersebut diberikan atau diterima secara rasuah atau dengan niat rasuah, maka pemberian atau penerimaan hadiah/cenderahati itu merupakan kesalahan jenayah.

Seseorang pegawai awam tidak boleh menerima sebarang hadiah daripada mana-mana pihak sekiranya penerimaan hadiah itu ada kaitannya dengan tugas rasmi pegawai awam itu dan bentuk, amaun dan nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah diberikan. Kesalahan ini dinyatakan dalam Peraturan 8, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Walau bagaimanapun, seseorang pegawai awam boleh menerima hadiah/cenderahati dengan nilai yang sepadan jika hadiah/cenderahati diberikan atau diterima bukan secara rasuah. Pegawai awam itu dikehendaki melaporkan dan mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya sebagimana dalam Pekeliling bil.3 Tahun 1998 (Penerimaan Hadiah dan Keraian Pegawai Awam)


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #13: "Mengapakah hasil siasatan khususnya kes-kes yang melibatkan kepentingan awam tidak didedahkan?"

SPRM tidak dapat mededahkan sesuatu kes yang sedang dalam siasatan kerana:


  • pendedahan boleh menjejaskan siasatan iaitu saksi mungkin melarikan diri, dokumen-dokumen mungkin dimusnahkan, suspek lari, berlaku pakatan untuk memusnahkan keterangan dan lain-lain.
  • menjaga nama baik suspek sehingga beliau dituduh di Mahkamah.
  • tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang.

Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009 menyatakan sesuatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehingga orang tertuduh dipertuduh di Mahkamah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu melainkan jika pendedahan itu dibuat dengan persetujuan Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya yng berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi.



Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

Rabu, 7 Mac 2012

SPRM Menjawab #8 "Sejauh manakah perlindungan diberikan oleh SPRM kepada pemberi maklumat"?


Seksyen 65(1) Akta SPRM 2009 dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang boleh menzahirkan atau menyebabkan identiti pemberi maklumat diketahui. Dengan perkataan lain, undang-undang memberi perlindungan kepada pemberi maklumat ke atas kes-kes rasuah.

Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM