Memaparkan catatan dengan label Health Site. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Health Site. Papar semua catatan

Rabu, 7 Mac 2012

Jom Derma Darah

KRITERIA PENDERMA DARAH
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Berat badan melebihi 45 kilogram
  • Sihat fizikal dan mental
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat

ANDA PERLU MENANGGUHKAN NIAT UNTUK MENDERMA DARAH SEKIRANYA:
  • Demam
  • Berat badan kurang daripada 45 kilogram
  • Mengambil antibiotik
  • Tidur kurang daripada 5 jam
  • Mengambil minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam
  • Menjalani pembedahan dalam masa enam bulan sebelum menderma darah
  • Mendapat rawatan gigi dalam tempoh 24 jam
  • Mendapat vaksinasi dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah
  • Menindik telinga, bertatoo atau akupuntur dalam masa setahun sebelum menderma darah

ANDA JUGA PERLU MENGECUALIKAN DIRI DARIPADA MENDERMA DARAH JIKA:
  • Memiliki penyakit darah tinggi
  • Penyakit diabetis
  • penyakit jantung
  • penyakit sawan
  • penyakit asma
  • penyakit tibi
  • penyakit berjangkit (silfilis, hepatitis, HIV)
ANDA DILARANG MENDERMA DARAH SEKIRANYA PERNAH TERBABIT WALAUPUN SEKALI DALAM AKTIVITI SEPERTI:
  • Bertukar pasangan seks atau mengamalkan aktiviti seks rambang
  • Melanggani pekerja seks/pelacur
  • hubungan sejenis (homoseksual)
  • hubungan jenis dua jantina (biseksual)
  • menyalah guna dadah secara suntikan


Selamat menderma darah...

Khamis, 13 Januari 2011

Terasa Stres @ Tekanan: Bagaimana mengatasinya???

Bijak dalam Hadapi Stres...

1. Stres!!!: Apakah?
                   > Tak Kenal Maka x cinta. Ketahui dulu tafsiran Stres!!!.
                   > Maksud: Reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan.
                   > Berlaku: Apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan & kemahiran daya tindak seseorang.
                   > Sebagai faktor fizikal & emosi yang menyebabkan tekananke atas minda & tubuh badan. 
                   > Boleh mengakibatkan penyakit: darah tinggi, penyakit jantung koronari & kemurungan. 


2. Stres!!!: Dari mana ia datang?
2.1 Dalam Diri
                > Cita-cita & harapan yang terlalu tinggi
                > Rasa tidak selamat
                > Pengalaman zaman kanak-kanak
                > Peristiwa dalam kehidupan
                > Perwatakan / personaliti
                > Dilema dalam membuat keputusan
                > Stres keibubapaan
              
          2.2 Sosial

                > Berpindah rumah
                > Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
                > Stres perkahwinan & rumah tangga
                > Perhubungan interpersonal yang bermasalah
                > Masalah di tempat kerja
                > Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
                > Masalah/perubahan persekitaran
                > Masalah kewangan

          2.3 Psikologi

               > Jenis personaliti
               > Tragedi
               > Hilang orang yang dikasihi
               > Kurang keyakinan diri
               > Takut untuk gagal

          2.4 Biologi
            
               > Penyakit fizikal yang kronik
               > Perubahan dalam tubuh (masa nak akil baligh kot)

3. Stres!!!: Jom Berkenalan dengan simptom.

             3.1 Fizikal
                   > Kering mulut
                   > gementar
                   > sakit kepala
                   > masalah tidur
                   > perubahan selera makan
                   > cepat letih
                   > lenguh-lenguh badan
                   > jantung berdebar-debar
                   > pernafasan semakin laju
                   > sakit perut
                   > cirit-birit
                   > sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
                   > letih lesu

             3.2 Psikologi
                   > gelisah
                   > hilang sabar
                   > mudah marah
                   > lemah semangat
                   > risau dan bimbang
                   > kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
                   > mudah lupa
                   > takut gagal
                   > rendah diri
                   > keresahan
                   > tidak merasa seronok
                   > bosan
                   > low mood dan murung

             3.3 Tingkah Laku
                  > merokok berlebihan
                  > penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
                  > memikir atau bercakap tentang mencedera atau bunuh diri
                  > tingkah laku impulsif dan agresif (buli,vandalisme)
                  > penyalahgunaan dadah dan alkohol
                  > masalah tabiat makan



4. Stres!!!: Tips Mudah 10B untuk diamalkan.

  1.   BERTENANG boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
  2.   BERNAFAS secara dalam melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
  3. BERKATA: relakslah...kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
  4. BERIBADAT: berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
  5. BERKONGSI: perasaan/masalah dengan seseorang adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan.
  6. BERURUT: dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. 
  7. BEREHAT: mendengar muzik yang lembut akan membantu menenangkan fikiran.
  8. BERIADAH: aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai.
  9. BERSENAM: meningkatkan pengeluaran hormon endorfin dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
  10. BERFIKIRAN POSITIF: melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif.


Petikan artikel Berita Harian 11 Januari 2011 (R12) dari Sumber Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Khamis, 25 Februari 2010

Hemoglobin Dalam Darah

APA ITU HEMOGLOBIN???

HEMOGLOBIN ialah molekul protein yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa gas oksigen (O2) daripada organ paru-paru ke seluruh tubuh manusia dan kembali semula ke paru-paru dengan membawa gas karbon dioksida (CO2) setelah diambil daripada semua jaringan tubuh manusia.


HEMOGLOBIN terdiri daripada gabungan empat molekul protein (rantai globulin) yang berkaitan bersama-sama. Setiap rantai globulin mengandungi struktur penting disebut molekul heme. Terdapat molekul heme besi yang berfungsi untuk mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida dalam darah. Besi (Iron) terkandung dalam Hemoglobin yang juga berfungsi untuk mewarna merah darah. 

HEMOGLOBIN turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan bentuk sel darah merah. Struktur Hemoglobin yang tidak normal akan menggangu pembentukan sel darah merah dan seterusnya menghalang pengaliran melalui pembuluh darah.


BAGAIMANAKAH HEMOGLOBIN DIUKUR???


Hemoglobin diukur sebagai sebahagian daripada hitung darah lengkap (CBC-complete blood count) daripada sampel darah. Terdapat beberapa kaedah untuk mengukur hemoglobin yang kebanyakan dilakukan pada masa kini oleh mesin elektronik yang direka khas untuk menguji kadar hemoglobin darah manusia. Menerusi alat ini, sel darah merah dipecahkan untuk mendapatkan hemoglobin. Hemoglobin bebas boleh terdedah pada bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat erat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. Jumlah Hemoglobin dapat ditentukan dengan menghalakan cahaya melalui solusi dan mengukur seberapa banyak cahaya yang diserap (khususnya pada panjang gelombang 540 nanometer).


BERAPAKAH PARAS NORMAL HEMOGLOBIN???

Paras Hemoglobin dinyatakan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) per desiliter (dl) daripada darah, sebuah desiliter menjadi 100 mililiter. Julat normal hemoglobin bergantung pada usia dan jantina manusia. Julat normal adalah:
  1. bayi baru lahir = 17-22gm/dl
  2. berusia 1 minggu = 15-20gm/dl
  3. berusia 1 bulan = 11-15gm/dl
  4. kanak-kanak = 11-13gm/dl
  5. lelaki dewasa = 14-18gm/dl
  6. perempuan dewasa = 12-16gm/dl
  7. lelaki berusia = 12.4-14.9 gm/dl
  8. perempuan berusia =11.7-13.8 gm/dl
* Semua nilai ini akan terdapat perbezaan bergantung penggunaan jenis alat dan makmal.

Selasa, 23 Februari 2010

Kehebatan Buah Pisang

Sedar ataupun tidak, sebenarnya khasiat buah-buahan tempatan adalah lebih tinggi berbanding buah-buahan import. Syukur dengan setiap benda yang diciptakan oleh Allah s.w.t yang sentiasa memberikan faedah kepada kehidupan yang lain.

BUAH PISANG YANG TERKAYA KHASIATNYA




 Amaran!!!
Jangan menyimpan buah pisang didalam peti sejuk!!! 

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi –sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. 

Tekanan: 
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira

PMS: 
Lupakan pil-pil hospital –makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda. 

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi: 
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potasium yang tinggi –garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. 




Kuasa Minda: 
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potasium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. 

Keletihan: 
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. 

Panas Jantung: 
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisanguntuk pemulihan yang baik. 

Demam Pagi: 
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk: 
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. 

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda . 

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang. 

Ulser: 
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding

Kawalan Suhu: 
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).





Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potasium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh 

Stress: 
Potasium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. 

Strok:
Mengikut kajian dalam buku „The New England Journal of Medicine„, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! 

Lain-lain Penyakit Kulit: 
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah . Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. 

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”



Dipetik daripada NIOSH volume 3 No3 2010