Bijak dalam Hadapi Stres...
1. Stres!!!: Apakah?
> Tak Kenal Maka x cinta. Ketahui dulu tafsiran Stres!!!.
> Maksud: Reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan.
> Berlaku: Apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan & kemahiran daya tindak seseorang.
> Sebagai faktor fizikal & emosi yang menyebabkan tekananke atas minda & tubuh badan.
> Boleh mengakibatkan penyakit: darah tinggi, penyakit jantung koronari & kemurungan.
2. Stres!!!: Dari mana ia datang?
2.1 Dalam Diri> Cita-cita & harapan yang terlalu tinggi
> Rasa tidak selamat
> Pengalaman zaman kanak-kanak
> Peristiwa dalam kehidupan
> Perwatakan / personaliti
> Dilema dalam membuat keputusan
> Stres keibubapaan
2.2 Sosial
> Berpindah rumah
> Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
> Stres perkahwinan & rumah tangga
> Perhubungan interpersonal yang bermasalah
> Masalah di tempat kerja
> Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
> Masalah/perubahan persekitaran
> Masalah kewangan
2.3 Psikologi
> Jenis personaliti
> Tragedi
> Hilang orang yang dikasihi
> Kurang keyakinan diri
> Takut untuk gagal
2.4 Biologi
> Penyakit fizikal yang kronik
> Perubahan dalam tubuh (masa nak akil baligh kot)
3. Stres!!!: Jom Berkenalan dengan simptom.
3.1 Fizikal
> Kering mulut
> gementar
> sakit kepala
> masalah tidur
> perubahan selera makan
> cepat letih
> lenguh-lenguh badan
> jantung berdebar-debar
> pernafasan semakin laju
> sakit perut
> cirit-birit
> sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
> letih lesu
> jantung berdebar-debar
> pernafasan semakin laju
> sakit perut
> cirit-birit
> sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
> letih lesu
3.2 Psikologi
> gelisah
> hilang sabar
> mudah marah
> lemah semangat
> risau dan bimbang
> kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
> mudah lupa
> takut gagal
> rendah diri
> keresahan
> tidak merasa seronok
> bosan
> low mood dan murung
> gelisah
> hilang sabar
> mudah marah
> lemah semangat
> risau dan bimbang
> kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
> mudah lupa
> takut gagal
> rendah diri
> keresahan
> tidak merasa seronok
> bosan
> low mood dan murung
3.3 Tingkah Laku
> merokok berlebihan
> penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
> memikir atau bercakap tentang mencedera atau bunuh diri
> tingkah laku impulsif dan agresif (buli,vandalisme)
> penyalahgunaan dadah dan alkohol
> masalah tabiat makan
> penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
> memikir atau bercakap tentang mencedera atau bunuh diri
> tingkah laku impulsif dan agresif (buli,vandalisme)
> penyalahgunaan dadah dan alkohol
> masalah tabiat makan
4. Stres!!!: Tips Mudah 10B untuk diamalkan.
- BERTENANG boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
- BERNAFAS secara dalam melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
- BERKATA: relakslah...kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
- BERIBADAT: berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
- BERKONGSI: perasaan/masalah dengan seseorang adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan.
- BERURUT: dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari.
- BEREHAT: mendengar muzik yang lembut akan membantu menenangkan fikiran.
- BERIADAH: aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai.
- BERSENAM: meningkatkan pengeluaran hormon endorfin dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
- BERFIKIRAN POSITIF: melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif.
Petikan artikel Berita Harian 11 Januari 2011 (R12) dari Sumber Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan