Memaparkan catatan dengan label Kapal Maklumat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kapal Maklumat. Papar semua catatan

Khamis, 25 Oktober 2012

Bajet 2013: PTPTN




























Bersempena dengan Bajet 2013, PTPTN turut memberikan diskaun kepada peminjam 


dan insentif pelepasan taksiran cukai ke atas 


simpanan bersih dalam SSPN. 



  1. Maklumat (FAQ) Pemberian Diskaun 20% Kepada Peminjam/ Penerima Biaya PTPTN
  2. Maklumat (FAQ) Pemberian Diskaun 10% Kepada Peminjam/ Penerima Biaya PTPTN
  3. Maklumat (FAQ) Insentif Pelepasan Taksiran Cukai Ke Atas Simpanan Bersih Dalam SSPN-i Sehingga RM6,000.00
  4. Maklumat (FAQ) Tambahan 



Layari pautan berikut bagi maklumat lanjut.






Bajet 2013: Komuter1Malaysia




Bagi mereka yang kerap menggunakan komuter sebagai pengangkutan anda ke tempat kerja, bolehlah memohon kad diskaun komuter1malaysia ini.

Syarat utama adalah warganegara malaysia dan pendapatan dibawah RM 3000 sebulan da ke bawah.
Gunakanlah kesempatan yang diberikan sebaik mungkin.
layari pautan berikut untuk mendaftar secara online.

Komuter1Malaysia. 




Rabu, 7 Mac 2012

Lelaki Duda Menjadi Pilihan

Status bekas suami beri kelebihan, jaminan berbanding si bujang.



  • Lebih berpengalaman dalam hidup dalam soal hala tuju kehidupan
  • Lebih pandai menjaga hati orang sekeliling ketika bergaul dalam kelompok teman wanita seperti rakan, ahli keluarga, dan juga ibu bapa
  • Lebih bertanggungjawab dan mengambil berat kerana tidak mahu hubungan yang dibina untuk seterusnya berhenti di tengah jalan.
  • Lebih berhati-hati dalam setiap tutur kata, lebih teratur dalam percakapan dan matang dalam perbualan.
  • Lebih bijak mengutarakan perbualan selain mempunyai pengetahuan luas dalam isu semasa (bergantung kepada individu)
  • Lebih mengetahui hati budi wanita mudah melayan kerana sudah mengetahui apa yang menjadi kehendak dan keperluan wanita.
  • Memahami pelbagai perangai dan sikap wanita kerana mempunyai pengalaman berkawan.
  • Kedudukan kerjaya dan kewangan yang kukuh.
Gambar Hiasan Berita Harian Online

Benar ke??? Pendapat anda bagi lelaki bujang???

Rabu, 11 Januari 2012

16 Januari 2012: Duit Syiling Baharu berada di pasaran

Dipetik daripada BNM Press Statements.


Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa duit syiling Malaysia siri baharu akan dikeluarkan untuk edaran mulai 16 Januari 2012 ini. Orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baharu ini melalui urus niaga biasa mereka.

Duit syiling baharu ini adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling yang sedia ada. Duit syiling yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur. Bagi memastikan peralihan yang lancar kepada penggunaan duit syiling baharu ini, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai telah diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka agar boleh menerima duit syiling baharu ini.

Bertemakan 'Keunikan Malaysia', reka bentuk duit syiling siri baharu ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara. Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia. Denominasi duit syiling siri baharu ini ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit syiling baharu ini adalah lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga memudahkan orang ramai untuk mengetahui denominasi yang berlainan. Reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan. Selain itu, duit syiling baharu ini dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dan turut memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah daripada jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian             1-300-88-5465       atau menelefon            03 - 2698 8044       samb. 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

Sabtu, 7 Januari 2012

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga oleh BNM

Imej pandangan belakang duit syiling Malaysia siri ketiga


Keunikan Malaysia 
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

50 sen: Sulur Kacang
Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 50 sen Malaysia siri ketiga

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.


20 sen: Bunga Melur

Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 20 sen Malaysia siri ketiga
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

10 sen: Motif Orang Asli

Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 10 sen Malaysia siri ketiga
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

5 sen: Delta Siga

Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 5 sen Malaysia siri ketiga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Wang Kertas Malaysia Siri Baharu oleh Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan wang kertas siri baharu:

RM 100: Keajaiban Alam Semulajadi


Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.
Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.


RM 50: Pertanian & Teknologi


Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.


RM 20: Hidupan Laut


Wang kertas RM20
Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.


RM 10: Flora


Wang kertas RM10
Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


RM 5: Hidupan Liar


Wang polimer RM5
Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.


RM 1: Sukan Tradisional


Wang polimer RM1
Sukan Tradisional
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.


  1. Tema bagi wang kertas Malaysia siri keempat ialah ‘Keunikan Malaysia’ yang juga menjadi tema duit syiling siri baharu. Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri keempat ini. Motif reka bentuk wang kertas ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna, serta seni kraf tangan tradisional yang unik di Malaysia. Motif untuk setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
  2. DenominasiTemaIkon
    RM100Keindahan Alam Semula JadiGunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api dalam Taman Negara Mulu
    RM50Pertanian dan TeknologiKelapa Sawit dan BioteknologI
    RM20Hidupan LautPenyu Karah dan Penyu Belimbing
    RM10FloraRafflesia Azlanii
    RM5Hidupan LiarBurung Enggang Badak
    RM1Sukan TradisionalWau Bulan

Perlindungan Motor Baharu oleh BNM

Di petik daripada website Bank Negara Malaysia:

Sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu (Rangka Kerja) yang dirumuskan untuk menangani isu struktur dalam sektor insurans motor, Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan mengenai kemajuan langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil untuk menjadikan proses penyelesaian tuntutan dan pelaksanaan pelarasan premium sejak pengumumannya pada 11 Mac 2011 lebih baik.

Dalam memastikan orang ramai boleh membeli insurans motor pada kadar premium yang berpatutan, beberapa langkah segera telah diperkenalkan pada bulan Mei 2011. Antara langkah yang diambil termasuklah memastikan orang ramai boleh mendapatkan perlindungan motor daripada Malaysian Motor Insurance Pool daripada mana-mana syarikat insurans am atau cawangan mereka, dan juga daripada mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.

Bagi memastikan langkah-langkah penambahbaikan yang dikenal pasti di bawah Rangka Kerja ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, sebuah Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC) telah ditubuhkan pada bulan April 2011. JWC ini terdiri daripada wakil-wakil kementerian utama, industri insurans dan takaful, persatuan pengguna dan pengangkutan serta Majlis Peguam Malaysia. Beberapa langkah penambahbaikan yang diambil telah menjadikan proses penyelesaian tuntutan lebih cekap, dengan tempoh masa penyelesaian tuntutan kecederaan diri lebih singkat, khususnya bagi kes yang diselesaikan melalui pengantaraan mahkamah. Langkah-langkah lain yang diambil untuk meningkatkan kecekapan termasuklah rujukan kepada Compendium of Personal Injury Awards oleh hakim dalam menetapkan bayaran ganti rugi bagi kecederaan diri serta penguatkuasaan tarikh akhir bagi mendapatkan laporan polis dan perubatan. Langkah-langkah lain yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kecekapan termasuklah pengenalan kit tuntutan insurans motor untuk mempercepat laporan kemalangan dan tuntutan, serta penubuhan pusat panggilan 24 jam di seluruh negara untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa kemalangan di tempat kejadian pada suku pertama 2012.

Sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja ini, penyelarasan terhadap kadar premium Tarif Motor akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 16 Januari 2012. Ini merupakan pelarasan kali pertama kerana kadar premium ini tidak pernah dikaji semula dalam masa lebih 30 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut, bilangan pemilik kenderaan, kadar kemalangan dan tuntutan insurans di Malaysia didapati telah meningkat dengan nyata. Selain itu, kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan dan alat ganti juga telah meningkat.

Pelarasan premium ini adalah dalam jumlah yang kecil dan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun. Kesannya kepada orang ramai dan perniagaan adalah kecil.  Sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga, premium insurans bagi motosikal berkapasiti 110 cc akan mengalami kenaikan antara RM1.00 - RM3.50 setiap tahun (maksimum 30 sen setiap bulan) dalam jangka masa empat tahun. Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6.00 - RM34.00 setiap tahun (maksimum RM2.80 setiap bulan) dalam jangka masa yang sama. Bagi kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang adalah kecil, iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan.

Pelarasan kadar premium Tarif Motor akan dikaji semula secara berkala bagi memastikan kadar premium yang dilaraskan terus mencerminkan pengalaman tuntutan. Rangka kerja ini akan merintis jalan ke arah pelonggaran tarif sektor insurans motor pada tahun 2016, iaitu apabila kadar premium akan dibezakan lagi mengikut profil risiko kenderaan individu dan lebih berpatutan kepada pemilik kenderaan kerana kenderaan yang mempunyai pengalaman tuntutan yang baik akan menikmati kadar premium yang lebih wajar berbanding dengan pemilik kenderaan lain yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi.

Bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat dan manfaat daripada Rangka Kerja ini, terutamanya penambahbaikan proses penyelesaian tuntutan motor, Bank Negara Malaysia dan industri insurans akan terus memberi orang ramai maklumat tentang isu insurans motor melalui program kesedaran dan jangkauan pengguna yang sedang dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Rangka Kerja ini bolehlah menghubungi Bank Negara Malaysia di TELELINK:             1-300-88-5465 begin_of_the_skype_highlighting            1-300-88-5465      end_of_the_skype_highlighting       atau layari www.insuranceinfo.com.my. Pertanyaan juga boleh dikemukakan sama ada kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau penanggung insurans individu.

Bank Negara Malaysia
6 Januari 2012
© Bank Negara Malaysia, 2012. All rights reserved.

Selasa, 14 Disember 2010

eRti PerSaHabaTan

SaHabat? KaWan? RakaN? teMan?
aPakAh eRti SeBenar PeRkaTaaN iNi seMua?
AdaKah ia SemaTa-Mata atAs dAsaR perkatAan YaNg tiaDa membawA Apa-Apa mAksUd TerSuRat & TerSirat?
sejAuH Mana Pula IaNya daPat dihayaTi?
SeDalaM maNa pUla ia DaPat MEndaLami?
SetiNggI maNa pula HuBunGan iNi BerLanGsung?
DaN Yang PalinG PenTing SeKali!!!


 BagaiManakah Ia diabaDikan daLam DirI seSeorang iNdiviDu???

KuPaSan PerTama dibawah aKan diBincaNgkan mengenAi TakRifan atAu MakSud aTau makNa Atau Yang SewaJarNya yang DapAt diErTikaN deNgan perkataAn Tersebut.

 FoRMula Asas:
 

SaHabat? kaWAn? raKan? TeMan? = Infinity < 0 < Infinity


TidaK FaHam BuKan BagaiMana iaNya boleh DiTafsiRkan deNgan ForMula diaTas?
CoRetaN iNi diTulis BerDasaRkan PenGaLaman seLama 24 TahUn + hasiL luaHan PerKonGsian RaKan seRta haSil PemerHatian Yang DiBuat dari CeRita-CeriTa Sebenar dan NyaTa.

Nilai SeBenar huBuNgan iNi Tidak dapat diNyatakan deNgan aNgka nIlai yang SpesiFik seperTi HarGa BaRang di PasaR. Ini keRaNa Nilai TerSeBut hanYa boleH diTenTukan Oleh InDiviDu yang TerLibat DaLam URusNiaga Ini.

MunGkin iaNya naMpak BuaNg MaSa UnTuk DiTuLis aTau DiBaca…NaMun SeBenarNya, Inilah Yang BerLaku DaLam ReaLiti KehiDupan maNusia setIaP MaSa.

baGi seSetEngah InDiviDu, MereKa bErSikap aCuh tiDak aCuh aTau meMandang RinGan dan BersiKap eNteng TerHadaP PerKara Ini. MeNgaPakah? MunGkin DidoRongi BeBeraPa FakTor yang menPengarUhi dIri MeReka.
Antaranya iaLah:
i.                     tiDak MeMaHami & mengHayaTi Erti SeBenar “SaHaBat/KaWan/RaKan/TeMaN”
ii.                    tiaDa keikhLasan dan BerJiwA LuHur daLam perHubUngan
iii.                  SikaP meMenTingKan DiRi taNpa meMikirKan haTi PeRasaaN oRang LaiN
iv.                  KuraNg PenGetaHuan daLam PenafSiran SeBenar “SaHaBat/KaWan/RaKan/TeMaN”

SaHabat? KaWan? RakaN? teMan? Juga BoleH diTafSirKan sebagaI saTu HuBungAn aNtaRa ManUsia. NamUn BeGiTu, maKsud SahAbat, KaWaN, RaKaN dAn JUga TeMan aDaLah BErBeza aNtara Satu SaMa lain BerGanTung kepAda ideaLogi PeMikiRan InDiVidu TerbaBit daLam MeNafSirkanNya. JiKa diTerjeMahKan daRiPada peMikIran peNuLis



SeManIs KuRma SePaHit KoPi

BuKan MuDah UnTuk menDaPatKan SaHabat/KawAn/RaKan/TeMan yang “SEJATI”.
SeEraT/SeKukUh/SeKuAt maNa perHuBunGan yang diJalinKan seDiKit SebanYak SuDah pasTi iaNya teRasA pAhiT Jua dAlam SaTu KeTika. NaMUn, tiDaK seMesTinYa KePaHitAn dIrAsaI seNtiaSa walauPun SeBeNarnya aTau HaKikaTnya meMang paHit, LanTas KemAnisAn JuGa DaPat diRasai.

MakSud huBungan Ini JugA bolEh DiTafsIrkan Seperti MaKanaN & MiNumAn HaRiaN kiTa SEMua. Ada yang PeDas, ManIs, maSam, TaWar, pahIt dan Pelbagai AneKa RaSa.

SaHabat/KawAn/RaKan/TeMan yang “SEJATI” seHaRusNya meNeRima keLeMahaN dAn KeLeBihan SaHabat/KawAn/RaKan/TeMan meReKa SeaDanya.

keIkhlasaN seSeoRang IndiviDu daLam BerSahaBat daPat diNilai daRi Segi NyaTa aTau puN TidAk, SeCara TeRus aTau seBalikNya dan daRi peLbagai asPek lagi. DaLam HuBungAn SeBenaR BerKawAn, MasIh aDa JuGa yang berKawAn denGan TiDaK IkHlas, TidaK JuJur dan TidaK SeTia PaDa SahAbatnya. Ada Yang BerSahAbat SeMata-maTa haNya uNtuk kePenTingaN diRi MeReka SenDiri.

DikaTakaN aTaU diTafSirkan SaHabat/KawAn/RaKan/TeMan yang “SEJATI” iTu aDaLah:

 seMasa SuSah aTaU SenaNg seNtiaSa diKonGsi BerSama,
baIk buRuk sikAp, PerAngAi, TingKah laKu, Sifat diJaGanya,
maRuahNya senTiasa DiJaGanya,
keLemaHan dan keLeBihan diTeriMa SeadanyA,
TidaK Malu maLahan BanGga ApaBila BerKawAn dengaNnya,






TaTkala SahabaTnya menGaLami KeSusahAn, DibeRi baNtuan dan PerTolOngaN yang SeMaMpu MunGkin. tiDak diBiaRkan saHabatNya iTu BeraDa daLaM kesusaHan bErSenDiriaN.

Jika Kita ImBas kembali bagaImana KiSah-kisah PerJalaNan keHidupan PaDa zaMaN Nabi Muhammad s.a.w dAn PaRa SahaBat meNgenaI peNtingNya menJaga HuBungaN silaturaHim, beGitu HebAt dan BeSar SeKali penGorbanaN yang DilaKukan deMi MenjAga JaliNan UkhWah. NaMun Jika DiBanDingkaN paDa zaMan KiNi, bEgItu JaUh beZa Sekali.