Memaparkan catatan dengan label Management Site. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Management Site. Papar semua catatan

Selasa, 10 April 2012

Berbeza Pendapat Bererti Membangkang Ke???

"Berbeza pendapat bererti membangkang atau tidak menyokong"
"Bersependapat atau Sama pendapat bererti menyokong atau tidak menentang"



Kupasan kali ini adalah mengenai dua ayat di atas. Mungkin kalian semua pernah mendengar petikan tersebut atau lebih kurang sama maksud dengan ayat tersebut tetapi mungkin struktur ayat yang berbeza. Kupasan saya untuk ini tidak akan panjang berjela, mudah dan ringkas sahaja untuk memahaminya.

Saya kecilkan skop perbincangan ini menjerumus kepada sesebuah organisasi. Dalam satu organisasi sudah pasti terdiri daripada beberapa kalangan individu. Yang sudah pasti mempunyai seorang ketua dan dibantu oleh ahli yang lain. Mana mungkin sesebuah organisasi dapat berkembang maju dan dapat berfungsi dengan sebaiknya jika hanya seorang sahaja yang bekerja.



Bos dan pekerja dibawahnya mana mungkin  mempunyai pendapat yang sama. Mana mungkin juga Ketua bersependapat dengan ahli yang lain tentang sesuatu perkara. Tidak mungkin setiap individu mempunyai akal fikiran dan pendapat yang sama. Mana mungkin setiap perkara dipersetujui oleh semua tanpa ada perbalahan tanpa ada pertikaian tanpa ada ya atau tidak.

Kesimpulannya adalah tidak bermakna seseorang itu berbeza pendapat menunjukkan dia tidak menyokong atau suka membangkang. Tidak bermakna juga seseorang itu sama pendapat menunjukkan dia sentiasa menyokong dengan apa yang dilakukan. Pendek kata, bukan mudah untuk memuaskan semua orang, yang pasti kita haruslah mempunyai jati diri dan pendirian dengan keputusan yang dibuat oleh kita. Bukanlah hanya mengekori keputusan orang lain tanpa membahaskan atau memikirkannya kesan baik dan buruk perkara tersebut. 


Berbeza pendapat juga sebenarnya membantu meningkatkan lagi produktiviti sesebuah organisasi. Memang akan wujud golongan seperti ini dalam mana-mana individu. Yang pasti setiap perkara yang diutarakan mestilah berfakta dan bernas diterima semua pihak.

Untungla pada mereka yang memikirkan sesuatu perkara dan kejadian Allah S.W.T.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Adakah Kita Profesional Sejajar Dengan Kedudukan Kita???

Bukan Kedudukan Pangkat yang menunjukkan tahap profesional seseorang.
Tahap Profesional seseorang individu itu terletak pada diri mereka sendiri bagaimana mereka menyesuaikan keadaan diri mereka dengan paras kedudukan yang dia ada sekarang.
Walaupun seseorang itu pada dasar jawatannya berada digelar profesional, namun tidak semestinya individu terbabit akan berperilaku sebagai seseorang yang profesional berdasarkan jawatan ia.



Sebagai contoh:
Jika seorang cleaner bertindak secara profesional dengan melakukan tanggungjawabnya dengan dedikasi, walaupun terpaksa melayan kerenah perangai manusia yang tidak tahu menjaga kebersihan setiap hari, namun ia masih melakukan kerjanya tanpa perlu bertindak diluar batasan kerja kepada orang lain. walaupun pada dasarnya tahap pekerjaan cleaner itu bukan berada pada level profesional. maka ia di anggap lebih profesional dengan melaksanakan tanggungjawab dia.

Jika seorang pengurus bertindak diluar batasan profesional dia dengan contoh menjatuhkan hukuman tanpa soal periksa, maka ia di anggap tidak profesional selari dengan tahap kedudukan profesional pekerjaan dia.



kesimpulannya, bukan kedudukan jawatan yang menunjukkan individu terbabit profesional atau tidak, yang mencerminkan mereka profesional adalah bagaimana mereka bertindak secara profesional berdasakan kedudukan jawatan mereka.

Terima kasih.

Sekadar renungan dan perkongsian bersama.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Mengenal Pasti Nilai Integriti Seseorang Individu

Sudah lama tidak menulis, walhal terlalu banyak perkara yang perlu ditulis yang sentiasa terlintas di kotak pemikiran untuk dikongsi bersama. Apakan daya, jadual aktiviti telah lari dari landasan yang dicorakan.

Jika kita lihat sejarah kemerdekaan negara telah mencapai 53 tahun. Namun masih terdapat manusia yang berpendidikan tinggi tetapi tahap pemikiran mereka jauh ketinggalan seperti di era zaman penjajahan.

Nilai Integriti seseorang individu boleh dinilai secara kasar dan halus. Terdapat individu yang boleh dilihat secara kasar nilai integriti diri mereka. Namun ada juga individu yang boleh dinilai nilai integriti mereka secara halus.

Tapi apa yang pasti,
                              setinggi mana JAWATAN yang disandang,
                              setinggi mana PENDIDIKAN yang dipelajari,
                              sebanyak mana ANUGERAH yang diterima,
                              sepanjang mana GELARAN yang dipakai,

itu SUDAH PASTI tidak menjanjikan seseorang individu terbabit bersifat INTEGRITI.
Ini terbukti dengan beberapa kes yang sepatutnya dikategorikan sebagai "HIGH PROFILE" tetapi hanya dipandang enteng.

Namun ianya hanyalah propaganda semata-mata bagi menutupi masyarakat yang kabur dengan apa yang berlaku. Setelah ianya disiasat pada awalan masa, lantas setelah sekian lama, kes tersebut dibuang begitu. Apakah punca tersebut sehingga pihak pendakwaan gagal mendakwa mereka?

Adakah terlalu banyak campurtangan politik.???

Tapi percayalah, sungguhpun ia terlepas di dunia, tidak bermakna ia terlepas di akhirat.
Sesungguhnya Mahkamah yang diadili oleh ALLAH S.W.T adalah Maha ADIL.

SEmoga kita bersyukur dengan nikmat Allah yang diberikan walaupun hanya sedikit berbanding yang banyak namun bukan daripada rezeki yang HALAL....

Khamis, 1 Julai 2010

Dapat Pekerjaan Atas Dasar Kelayakan Diri atau Menggunakan Bantuan Orang Lain

Kali ini MIMS akan mengupas isu realiti yang wujud dimana-mana sahaja. Persoalannya, Sejauh manakah isu ini akan berterusan? Adakah ia akan dijadikan budaya bagi sesuatu golongan? Adakah ia juga boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kuasa?



Isu sebegini selalu dikaitkan dengan sektor tertentu seperti syarikat-syarikat GLC, syarikat-syarikat swasta yang besar. Dikatakan juga isu ini terjadi di sektor badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan. Mudah kata kebarangkalian ia terjadi adalah amat tinggi.

Adalah perlu di banggakan seseorang individu itu mendapat jawatan yang tinggi di dalam organisasi yang besar sedangkan ia masuk untuk mendapatkan pekerjaan tersebut bukan kerana KELAYAKAN DIRI yang ada. Tetapi disebabkan oleh faktor menngunakan bantuan orang dalaman yang mempunyai kuasa dalam organisasi tersebut. Ayat ini juga lebih dikenali dengan istilah "guna kabel atau guna orang dalaman".

Penggunaan kabel ini bukan hanya untuk dapatkan pekerjaan, malah ia terjadi dalam pelbagai kes yang lain. bak kata ia akan terjadi dalam aktiviti harian manusia.





--nantikan kupasan isu yang sama tetapi dilihat dari segi perspektif yang lain...


---MIMS---

Isnin, 7 September 2009

Punca-punca kegagalan dalam menguruskan projek


Apakah yang menyebabkan punca-punca dalam kegagalan menguruskan seseuatu projek dengan jayanya?

Adakah hanya faktor dalaman organisasi atau faktor luaran yang berkaitan dengan projek?


Pelbagai punca-punca yang boleh dikaitkan kerana gagal dalam menguruskan projek.
Boleh dibahagikan kepada 2 secara amnya iaitu:
1. Faktor Dalaman
2.Faktor Luaran

Bagaimana yang dikatakan faktor Dalaman & Faktor Luaran?

Definasi

Faktor Dalaman:
adalah merupakan faktor-faktor yang merangkumi organisasi yang menguruskan projek sahaja. Faktor yang dijangkakan atau tidak dijangkakan akan berlaku.

Faktor Luaran;
adalah merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan dalam menguruskan sesebuah projek dan ia merupakan faktor-faktor yang tidak dijangka atau dijangkakan berlaku. Ia juga merupakan faktor di luar bulatan organisasi.





Penyumbang kepada Faktor Dalaman:
1. Masalah komunikasi didalam organisasi.
2. mencampurkan masalah peribadi dengan kerja.
3. Tidak profesional dalama melakukan kerja.
4. masalah pengurusan yang tidak cekap
5.

Penyumbang kepada Faktor Luaran:
1. keadaan sekeliling projek. (cuaca, sempadan pengendalian projek, impak projek)
2. campurtangan pihak luar seperti politik.
3. ekonomi semasa
4. tenaga kerja
5. bahan mentah.



***akan ditambah isi kandungan.

Ahad, 6 September 2009

Apa yang penting dalam pengurusan projek???

Apa itu Pengurusan Projek???

Pengurusan projek adalah merupakan suatu kaedah atau sistem bagaimana hendak menguruskan sesebuah projek. Tidak kira projek apa,yang penting projek tersebut mestilah dilaksanakan dengan teratur dan sistematik.

Daripada projek yang kecil hinggalah projek yang besar, setiap projek haruslah diurus dengan baik bagi memastikan projek tersebut berjaya. Mungkin ia dilihat lebih kepada pihak pengurusan, namun ia lebih sukar untuk dilaksanakan berbanding kerja-kerja kerujuteraan atau teknikal.

ia memerlukan kerjasama dari semua pihak yang terlibat bagi menjayakan projek tersebut. Menjadi sukar apabila isu-isu non profesional terjadi dalam sesebuah organisasi yang menguruskan projek.

Ikuti blog seterusnya...