Knp saya berkata sedemikian? Tentu ada yang tertanya2 dan mungkin ada yang sudah tahu apa kah sebabnya. Jadi disini ingin saya memberitahu sedikit pengetahuan yang saya dapat dari seorang rakan saya. Bila saya mendengar kata2 nya membuatkan saya terfikir mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh nya.
Apa yang dikatakan oleh nya, apabila ekonomi Malaysia di tahap yang teruk, kerajaan tidak lagi akan menumpukan perhatian terhadap pembangunan bandar. Ianya akan tertumpu terhadap sektor pertanian pula, kerana sektor ini merupakan punca satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa yang pendek. Tetapi, sekiranya sebuah syarikat ingin ditubuhkan, ianya memerlukan satu pelaburan yang besar bagi membina sebuah bangunan dan ianya perlu mengambil masa yang agak panjang untuk memajukan perniagaan tersebut.
Maksud saya disini, sebuah syarikat yang ingin ditubuhkan memerlukan kepada sebuah bangunan, samada bangunan yang sedia ada ataupun bangunan baru. Jadi, di waktu kegawatan ekonomi, membina sebuah bangunan yang baru ataupun membaik pulih bangunan yang sedia ada adalah perkara yang mustahil.
Jadi, pada waktu yang genting seperti ini, antara langkah pertama yang di ambil oleh syarikat jurutera swasta mahupun kerajaan ialah dengan membuang pekerja jurutera awam kerana ingin mengurangkan kos pertadbiran dan seterusnya menumpu kepada mengimbangan ekonomi syarikat. Lagipun, apabila kerajaan tidak lagi memikirkan tentang pembangunan bandar, jadi tidak mungkin jurutera akan diberi sesebuah projek. Kontraktor tidak mungkin mendapat tender dan pekerja-pekerja di tapak binaan akan mula beralih ke bidang pertanian untuk menampung keluarga.
Ini merupakan pendapat saya, anda tidak berhak untuk membantah tetapi anda boleh mengemukakan pendapat anda sendiri. sekian.
Posted by:
Meor Airol Shafiq
Pelajar Universiti Malaysia Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan