Salam 1 Malaysia.
Bilakah berlakunya pilihanraya kampus d UTeM mahupun d IPTA yang lain?
Ura-ura ada yang mengatakan Pilihanraya MPP akan dilakukan pada bulan 10 atau 11 tahun ini.
Namun d UTeM persediaan awal telah dilakukan dengan mewujudkan jawatankuasa Jentera dengan lebih awal lagi.
Pelbagai spekulasi yang dinyatakan setiap kali berlakunya pilihanraya. pelbagai strategik di atur bagi memastikan calon-calon mereka menang dalam pilihanraya.
Tetapi persoalannya disini, adakah calon yang bertanding atas tiket untuk menjaga kebajikan pelajar atau atas tiket untuk glamour untuk menjadi MPP atau tiket untuk menjalankan program & aktiviti saje.
Peranan dan tanggungjawab MPP d UTeM harus berubah selaras mengikut perkembangan pembangunan d UTeM. kualiti pencapaian harus d utamakan bagi memastikan kebajikan pelajar dapat dijaga dengan baik.
Pelbagai manifesto yang ditabur oleh calon-calon semasa kempen pilihanraya dijalankan. namun yang penting adakah mereka akan mengotakan segala janji-janji manis mereka?
MPP UTeM perlu berubah. Jangan kita kira untuk mewujudkan pro mahasiswa atau pro aspirasi dalam MPP. Biarlah tiket tanggungjawab yang sebenarnya harus menjadi tulang belakang kepada konsep kerja MPP.
Semoga Pilihanraya kali ini dapat meningkatkan lagi kadar peratus keluar mengundi d UTeM.
Smoga berjaya JENTERA PILIHANRAYA MPP UTeM 2009/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan