Ahad, 16 November 2008

Exco Majlis Tertinggi Kelab Penyayang UTeM kena Operation d HSA

Salam Perpaduan...
Johor Bahru...Seorang Exco Majlis Tertinggi Kelab Penyayang UTeM terpaksa melakukan pembedahan di Hospital Sultanah Aminah yang menagakibatkan putus urat ibu jari kaki kiri...
Kejadian ini berlaku semasa beliau sedang menggunakan mesin pemotong kayu...
Difahamkan pembedahan pertama berjaya dilakukan, menurut doktor di HSA urat yang terputus tidak dapat disambung...
Kemungkinan berlaku sekali lagi pembedahan kedua yang akan dilakukan oleh doktor pakar bagi menyambung semula urat tersebut...
p/s: Kelab Penyayang UTeM x pegi wat lawatan ke??? Mcm x amik berat kebajikan MT je??? klo le ahli lain yang kena macam mane lak???
>>Klo ade rombongan cik kiah, bleh je pegi kan...huhuhuhu...

Rabu, 17 September 2008

Pendapat: Jurutera Awam - Golongan Pertama Yang Akan Ditukar/Dibuang Kerja.

Knp saya berkata sedemikian? Tentu ada yang tertanya2 dan mungkin ada yang sudah tahu apa kah sebabnya. Jadi disini ingin saya memberitahu sedikit pengetahuan yang saya dapat dari seorang rakan saya. Bila saya mendengar kata2 nya membuatkan saya terfikir mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh nya.

Apa yang dikatakan oleh nya, apabila ekonomi Malaysia di tahap yang teruk, kerajaan tidak lagi akan menumpukan perhatian terhadap pembangunan bandar. Ianya akan tertumpu terhadap sektor pertanian pula, kerana sektor ini merupakan punca satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa yang pendek. Tetapi, sekiranya sebuah syarikat ingin ditubuhkan, ianya memerlukan satu pelaburan yang besar bagi membina sebuah bangunan dan ianya perlu mengambil masa yang agak panjang untuk memajukan perniagaan tersebut.

Maksud saya disini, sebuah syarikat yang ingin ditubuhkan memerlukan kepada sebuah bangunan, samada bangunan yang sedia ada ataupun bangunan baru. Jadi, di waktu kegawatan ekonomi, membina sebuah bangunan yang baru ataupun membaik pulih bangunan yang sedia ada adalah perkara yang mustahil.

Jadi, pada waktu yang genting seperti ini, antara langkah pertama yang di ambil oleh syarikat jurutera swasta mahupun kerajaan ialah dengan membuang pekerja jurutera awam kerana ingin mengurangkan kos pertadbiran dan seterusnya menumpu kepada mengimbangan ekonomi syarikat. Lagipun, apabila kerajaan tidak lagi memikirkan tentang pembangunan bandar, jadi tidak mungkin jurutera akan diberi sesebuah projek. Kontraktor tidak mungkin mendapat tender dan pekerja-pekerja di tapak binaan akan mula beralih ke bidang pertanian untuk menampung keluarga.

Ini merupakan pendapat saya, anda tidak berhak untuk membantah tetapi anda boleh mengemukakan pendapat anda sendiri. sekian.

Posted by:
Meor Airol Shafiq
Pelajar Universiti Malaysia Pahang.

Ahad, 10 Ogos 2008

72 Jam Bersama SPR UTeM
















Setelah 3 minggu bekerja keras siang malam, akhirnya Program 72 jam Bersama SPR UTeM berjaya dilaksanakan walaupun terdapat kekurangan semasa hari program.
Seramai 50 AJK telah berusaha untuk menjayakan program ini. Dengan dibimbing oleh 2 orang Penolong Pengarah.
Majoriti AJK adalah orang baru yang masih belajar dalam mengendalikan program.


Program ini telah dianjurkan oleh:
"Sekretariat Pencegahan Rasuah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka"
dengan kerjasama:
Badan Pencegah Rasuah Melaka
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM.

Program seumpama ini merupaka program pertama yang pernah dilaksanakan dengan catatan masa selama 72 jam. Bagi aku sebagai Pengarah program ini cukup memberikan banyak pengalaman yang amat bermakna walaupun kadang-kadng ampai nak putus asa disebabkan masalah yang banyak.

Program ini banyak melibatkan urusan dengn pihak luar terutamanya Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana segala kos program ini telah ditanggung oleh BPR. Untuk setiap pembelian memerlukan dokumen yang lengkap bagi memudakan proses pembayaran di Perbendaharaan BPR.
Walaupun aku seorang Pengarah program, aku juga masih melakukan semua kerja-kerja setiap biro yang tidak mampu menyelesaikan kerja tersebut. Kadang-kadang tension gak, bile tanya dalam mesyuaat kata xde masalah, tapi bile tiba masa macam2 hal...AJK aku nie smua ade komplain byk gak kerenah birokrasi masa nak urusprogram nie... Cian gak dia org, dah le baru nak blaja dah kena hadapi banyak kerenah. Camne le dia org nk semangat ble wat program...

paham2 le klo kita wat keja or program yang melibatkan BPR nie...
Takut le smua kucing2 yg mkn ikan free nie...
huhuhu....
Ape pn aku try bg semangat kat dia org....Klo ade yg byk kerenah bgtau je sape org 2, then SPR akan try explain kat dia...
Ape pn TAHNIAH kepada smua yg terlibat bg jayakan program ini...
Masuk surat khabar program ini kat Utusan Malaysia, MelakaHari Ini dan Sinar Harian.
Thanks kepada reporter yg wat liputan.
That's all.

Speaker
Sekretariat Pencegahan Rasuah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
email 1: spr@utem.edu.my

Ahad, 29 Jun 2008

Pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah UTeM

Salam Perpaduan...

Untuk pengetahuan semua siswa serta lapiasan masyarakat yang terlibat dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Sekretariat Pencegahan Rasuah telah ditubuhkan bagi setiap IPTA diseluruh Malaysia.

Matlamat utama adalah untuk menyedarkan kepada siswa dengan lebih dekat lagi tentang bahaya gejala rasuah, punca rasuah, faktor-faktor rasuah serta akta2 yang berkaitan tentang rasuah mengikut Perlembagaan Undang2 Malaysia.

Kali nie, aku telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Sekretariat Pencegahan Rasuah UTeM...
ntah camne aku bleh minat Sangat dalam bab nie...
sebabnyer...???
Renung2kan lah selamat mengkaji yer...