Rabu, 7 Mac 2012

SPRM Menjawab #8 "Sejauh manakah perlindungan diberikan oleh SPRM kepada pemberi maklumat"?


Seksyen 65(1) Akta SPRM 2009 dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang boleh menzahirkan atau menyebabkan identiti pemberi maklumat diketahui. Dengan perkataan lain, undang-undang memberi perlindungan kepada pemberi maklumat ke atas kes-kes rasuah.

Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #15: "Apakah hukuman bagi kesalahan rasuah"?



Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM 10000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Gambar di bawah menunjukkan hukuman pesalah rasuah di negara China.


Adakah hukuman pesalah rasuah di Malaysia masih ringan? Perlukah Parlimen menyemak semula hukuman pesalah rasuah yang sedia ada bagi membasmi gejala rasuah ini? Wajarkah hukuman seperti di negara China di implemetasikan di Malaysia?

Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

Lelaki Duda Menjadi Pilihan

Status bekas suami beri kelebihan, jaminan berbanding si bujang.



  • Lebih berpengalaman dalam hidup dalam soal hala tuju kehidupan
  • Lebih pandai menjaga hati orang sekeliling ketika bergaul dalam kelompok teman wanita seperti rakan, ahli keluarga, dan juga ibu bapa
  • Lebih bertanggungjawab dan mengambil berat kerana tidak mahu hubungan yang dibina untuk seterusnya berhenti di tengah jalan.
  • Lebih berhati-hati dalam setiap tutur kata, lebih teratur dalam percakapan dan matang dalam perbualan.
  • Lebih bijak mengutarakan perbualan selain mempunyai pengetahuan luas dalam isu semasa (bergantung kepada individu)
  • Lebih mengetahui hati budi wanita mudah melayan kerana sudah mengetahui apa yang menjadi kehendak dan keperluan wanita.
  • Memahami pelbagai perangai dan sikap wanita kerana mempunyai pengalaman berkawan.
  • Kedudukan kerjaya dan kewangan yang kukuh.
Gambar Hiasan Berita Harian Online

Benar ke??? Pendapat anda bagi lelaki bujang???

Jom Derma Darah

KRITERIA PENDERMA DARAH
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Berat badan melebihi 45 kilogram
  • Sihat fizikal dan mental
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat

ANDA PERLU MENANGGUHKAN NIAT UNTUK MENDERMA DARAH SEKIRANYA:
  • Demam
  • Berat badan kurang daripada 45 kilogram
  • Mengambil antibiotik
  • Tidur kurang daripada 5 jam
  • Mengambil minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam
  • Menjalani pembedahan dalam masa enam bulan sebelum menderma darah
  • Mendapat rawatan gigi dalam tempoh 24 jam
  • Mendapat vaksinasi dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah
  • Menindik telinga, bertatoo atau akupuntur dalam masa setahun sebelum menderma darah

ANDA JUGA PERLU MENGECUALIKAN DIRI DARIPADA MENDERMA DARAH JIKA:
  • Memiliki penyakit darah tinggi
  • Penyakit diabetis
  • penyakit jantung
  • penyakit sawan
  • penyakit asma
  • penyakit tibi
  • penyakit berjangkit (silfilis, hepatitis, HIV)
ANDA DILARANG MENDERMA DARAH SEKIRANYA PERNAH TERBABIT WALAUPUN SEKALI DALAM AKTIVITI SEPERTI:
  • Bertukar pasangan seks atau mengamalkan aktiviti seks rambang
  • Melanggani pekerja seks/pelacur
  • hubungan sejenis (homoseksual)
  • hubungan jenis dua jantina (biseksual)
  • menyalah guna dadah secara suntikan


Selamat menderma darah...

SPRM Menjawab #41: "Adakah SPRM mengamalkan pendakwaan terpilih"?

SPRM tidak mempunyai kuasa pendakwaan sebaliknya kuasa menentukkan sesuatu pendakwaan ditetapkan oleh Jabatan Peguam Negara. Pada masa ini SPRM tidak perlu diberi kuasa membuat keputusan dalam pendakwaan sesuatu kes rasuah sepertimana yang didesak oleh sesetengah pihak supaya mekanisme check and balances dalam sistem keadilan jenayah sedia ada dapat terus dipertahankan.

Kuasa pendakwaan kes-kes jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di bawah Seksyen 50 APR 1997 dan kuasa ini adalah kuasa mutlak Pendakwa Raya sebagaimana termaktub dalam Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan.


Walau bagaimanapun SPRM berusaha mempercepatkan proses mendapatkan keputusan terhadap sesuatu kes siasatan. Keputusan terhadap mana-mana kes siasatan dibuat di peringkat SPRM melalui Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang kanan dipinjamkan ke SPRM bagi membuat keputusan ke atas kes-kes rasuah. Jabatan Peguam Negara juga menempatkan TPR di SPRM yang bertanggungjawab mendakwa kes-kes SPRM.

Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

Isnin, 5 Mac 2012

Ketahui Maksud "JANGAN" dalam Islam





- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna


- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.


- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Ki
ta bersalah
.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.







- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.


- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.


- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.





Sumber: Facebook

SPRM Menjawab #49: "Seorang kenamaan (mantan Ketua Menteri) telah dijatuhkan hukuman yang ringan dan tidak setimpal dengan jumlah wang ringgit yang beliau terlibat. Tidakkah SPRM membuka penyiasatan terhadap hakim itu yang mungkin terlibat dengan rasuah"?

Hukuman yang dijatuhkan oleh seseorang hakim sama ada berat atau ringan itu adalah bergantung kepada hakim tersebut. Sekiranya pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, beliau boleh membuat rayuan tentang hukuman tersebut ke Mahkamah Tinggi. SPRM tidak membuat penyiasatan ke atas hakim tersebut memandangkan tiada bukti perlakuan rasuah berlaku semasa membuat hukuman tersebut.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #42: "Kenapa kes-kes SPRM yang dibicara di Mahkamah didapati akhirnya kalah?"



Pendakwaan ke atas sesuatu kes hanya akan dijalankan sekiranya terdapat keterangan mencukupi di peringkat penyiasatan pada tahap prima facie dan sekurang-kurangya 90% bagi mendapatkan sabitan.

Isu kelemahan atau kecuaian penyiasatan bukanlah penyebab utama yang membawa kepada kekalahan sesuatu kes di Mahkamah. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kekalahan sesuatu kes pendakwaan adalah kenyataan saksi yang bercanggah dengan kenyataan yang diberikan semasa penyiasatan turn hostile dan tempoh perbicaraan yang panjang turut memberi kesan ke atas keterangan yang diberikan oleh saksi semasa perbicaraan.

Tambahan pula dalam kebanyakkan kes rasuah, is melibatkan dua pihak yang berkepentingan di mana si pemberi dan penerima rasuah beroleh keuntungan (victimless crime) berbanding dengan jenayah-jenayah lain yang mana mangsa yang terlibat akan lebih konsisten dalam memberi keterangan mereka.




Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #35: "Adakah perlu bagi SPRM mengetahui dan memahami instrumen yang digunakan oleh penilai Corruption Perception Index (CPI)"?

Dengan memahami instrumen tinjauan CPI ini, SPRM mungkin boleh mengetahui sektor yang dilihat oleh umum bermasalah iaitu sama ada politik, badan korporat atau penjawat awam.

Melaluinya barulah SPRM boleh mencari jalan penyelesaian yang terbaik kerana "ubat" bagi setiap sektor adalah berbeza. SPRM juga boleh memformulasikan "modul pendidikan dan kesedaran" yang bersesuaian. Apabila SPRM dapat memahami sam[el dan saiz sampel yang digunapakai dalam tinjauan berkenaan, SPRM mungkin boleh memahami kenapa mereka mempunyai persepsi begitu.

Golongan kolar biru, peniaga dan pelajar universiti mempunyai tanggapan yang berbeza tentang rasuah bergantung kepada jumlah pendedahan dan maklumat yang mereka terima.

Persepsi yang terlalu umum tidak mungkin boleh membantu usaha SPRM memberi kesedaran mengenai rasuah dan integriti.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #29: "Adakah benar persepsi masyarakat bahawa rasuah masih berleluasa di negara ini walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk memeranginya"?

Rasuah merupakan masalah yang harus diperangi oleh semua pihak hingga ke peringkat akar umbi. Usaha SPRM selama ini tidak akan berhasil sekiranya masih ada pihak yang bersetuju dengan perbuatan rasuah.


Persepsi masyarakat juga tidak akan berubah sekiranya tiada kesedaran dalam diri setiap individu untuk memerangi jenayah rasuah dengan mengatakan "TIDAK" apabila timbul kemungkinan berlakunya transaksi rasuah di hadapan mereka.


Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #27: "Adakah SPRM lembab menjalankan siasatan"?

Gambar Hiasan.


Setiap siasatan yang dibuka oleh SPRM mestilah disiapkan dalam tempoh dua minggu hingga enam bulan sepertimana ditetapkan KPI oleh Pengurusan Tertinggi SPRM.

Manakala kes yang melebihi dua belas bulan (setahun), SPRM perlu membentangkan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) yang dianggotai seramai tujuh orang ahli panel dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil.

SPRM perlu menjelaskan kepada ahli panel sebab-sebab kegagalan menyiapkan siasatan tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Ini adalah salah satu mekanisme pemantauan yang dilaksanakana di SPRM.

Untuk sepanjang tahun 2009, daripada 939 kertas siasatan yang telah dibuka SPRM, 633 daripadanya berjaya diselesaikan dalam tempoh dua belas bulan iaitu bersamaan 67.41%. Baki 306 adalah kertas siasatan yang dibuka pada penghujung tahun 2009 di mana siasatannya masih diteruskan dalam tahun 2010 dan masih dalam lingkungan belum melebihi tempoh setahun.




Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab #25: "Merujuk Kertas Siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk sebarang keputusan telah menunjukkan SPRM tidak bebas, adakah ia benar"?

Perlembagaan Malaysia telah menetapkan pembahagian kuasa iaitu eksekutif, perundangan (legislative) dan kehakiman (judiciary).

Oleh itu, peranan SPRM adalah menjalankan siasatan manakala keputusan untuk menuduh atau tidak dibuat oleh pihak perundangan.

Manakala keputusan bersalah atau tidak dibuat oleh pihak kehakiman. Prinsip perlembagaan tidak membenarkan pihak yang menjalankan siasatan membuat keputusan sendiri untuk menuduh atau sebaliknya. Ini tidak bermakna SPRM tidak bebas.

Dalam kes-kes siasatan SPRM, semua fail-fail siasatan dirujuk kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan.






Sumber: Soalan-soalan Lazim Kepada SPRM

SPRM Menjawab: "Adakah SPRM telah diperuntukkan dengan kuasa yang mencukupi?"

Peruntukan undang-undang Akta SPRM 2009 dan lain-lain akta yang berkaitan memberi kuasa yang mencukupi untuk melaksanakan tugas merangkumi pencegahan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Terdapat penambahbaikan yang ketara dalam Akta baru ini terutamanya kuasa-kuasa menjalankan siasatan termasuk:

1. seseorang pegawai SPRM mempunyai segala kuasa dan kekebalan seorang pegawai polis yang dilantik di bawah Akta Polis 1967.

2. kuasa untuk menyiasat aduan dan maklumat.

3. kuasa untuk memeriksa orang.

4. kuasa untuk memeriksa dan menggeledah dan menyita.

5. kuasa untuk penyitaan harta alih dan harta tidak alih.

6. penyiasatan akaun syer, pembelian dan sebagainya.

7. kuasa untuk memperolehi maklumat.

8. kuasa untuk memintas perhubungan.




Sumber: Soalan-soalan lazim kepada SPRM

SPRM Menjawab: "Apakah itu Rasuah"?

Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.

Sebagai contoh, seorang kontraktor memberikan hadiah jam tangan berharga kepada pegawai kerajaan bagi meluluskan projek kepada syarikatnya. Berdasarkan Akta SPRM 2009 (Akta 694) terdapat empat kesalahan rasuah yang UTAMA iaitu:

1. Meminta / Menerima Rasuah
2. Menawarkan / Memberi Rasuah
3. Membuat Tuntutan Palsu
4.Menyalahgunakan Jawatan / Kedudukan

Sumber: Soalan-soalan Lazim kepada SPRM