Rabu, 30 Disember 2009

Cadangan Bagi Mempelbagaikan Pengetahuan & Kemahiran Baru Graduan UTeM

Salam Sejahtera...

Persatuan Alumni UTeM ingin mencadangkan beberapa perkara pada UTeM bagi mempelbagaikan tahap pengetahuan & kemahiran baru bagi graduan UTeM masa kini...
Berikut merupakan maklum balas awal yang diterima semula...




Namun, kertas cadangan tersebut tidak dapat di dedahkan pada masa kini berikutan memerlukan sokongan yang kukuh bagi setiap cadangan tersebut daripada pihak yang berkenaan...Jika diizinkan oleh semua pihak terlibat, maka iannya akan didedahkan.

Ahad, 11 Oktober 2009

Program Latihan Di Dalam Industri Petroleum

Program Latihan Di Dalam Industri Petroleum

1. Program Teknologi Petroleum (Untuk Lepasan Diploma)
Bidang:
i. Elektrikal
ii.Instrumentasi
iii. Makmal
iv. Mekanikal
v. Proses

2. Sijil Juruteknik Program Teknologi Petroleum (Untuk Lepasan SPM/SPMV)
Bidang:
i. Elektrikal
ii. Instrumentasi
iii. Mekanikal

Tempoh permohonan bermula pada 11 oktober 2009 hingga 20 oktober 2009.

Permohonan adalah secara online.

Maklumat lanjut mengenai perkara ini sila layari pautan berikut.
www.instep-petronas.com

Pesanan Ikhlas:
Persatuan Alumni (AUTeM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Tahniah: NC UTeM Bergelar Datuk

Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan, Naib Canselor UTeM yang kini telah bergelar Datuk setelah menerima pingat atau darjah kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) daripada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka sempena Ulangtahun Kelahiran ke-71 Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka.

Semoga UTeM maju dan gemilang dibawah pengurusan beliau.

Ucapan Ikhlas:
Persatuan Alumni UTeM (AUTeM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

www.autem.org.my

Khamis, 10 September 2009

What is SCADA?

What is SCADA?

SCADA>>>stand for Supervisory Control & Data Acqusition.
Scada is one system can control and collect the data with real time.
Maybe it is not fully perfect but the accuarate are more than 95% compare than conventional system.

Rabu, 9 September 2009

Panggilan Percuma











We provide free calls only

Isnin, 7 September 2009

Punca-punca kegagalan dalam menguruskan projek


Apakah yang menyebabkan punca-punca dalam kegagalan menguruskan seseuatu projek dengan jayanya?

Adakah hanya faktor dalaman organisasi atau faktor luaran yang berkaitan dengan projek?


Pelbagai punca-punca yang boleh dikaitkan kerana gagal dalam menguruskan projek.
Boleh dibahagikan kepada 2 secara amnya iaitu:
1. Faktor Dalaman
2.Faktor Luaran

Bagaimana yang dikatakan faktor Dalaman & Faktor Luaran?

Definasi

Faktor Dalaman:
adalah merupakan faktor-faktor yang merangkumi organisasi yang menguruskan projek sahaja. Faktor yang dijangkakan atau tidak dijangkakan akan berlaku.

Faktor Luaran;
adalah merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan dalam menguruskan sesebuah projek dan ia merupakan faktor-faktor yang tidak dijangka atau dijangkakan berlaku. Ia juga merupakan faktor di luar bulatan organisasi.





Penyumbang kepada Faktor Dalaman:
1. Masalah komunikasi didalam organisasi.
2. mencampurkan masalah peribadi dengan kerja.
3. Tidak profesional dalama melakukan kerja.
4. masalah pengurusan yang tidak cekap
5.

Penyumbang kepada Faktor Luaran:
1. keadaan sekeliling projek. (cuaca, sempadan pengendalian projek, impak projek)
2. campurtangan pihak luar seperti politik.
3. ekonomi semasa
4. tenaga kerja
5. bahan mentah.



***akan ditambah isi kandungan.

Ahad, 6 September 2009

Apa yang penting dalam pengurusan projek???

Apa itu Pengurusan Projek???

Pengurusan projek adalah merupakan suatu kaedah atau sistem bagaimana hendak menguruskan sesebuah projek. Tidak kira projek apa,yang penting projek tersebut mestilah dilaksanakan dengan teratur dan sistematik.

Daripada projek yang kecil hinggalah projek yang besar, setiap projek haruslah diurus dengan baik bagi memastikan projek tersebut berjaya. Mungkin ia dilihat lebih kepada pihak pengurusan, namun ia lebih sukar untuk dilaksanakan berbanding kerja-kerja kerujuteraan atau teknikal.

ia memerlukan kerjasama dari semua pihak yang terlibat bagi menjayakan projek tersebut. Menjadi sukar apabila isu-isu non profesional terjadi dalam sesebuah organisasi yang menguruskan projek.

Ikuti blog seterusnya...

Sabtu, 5 September 2009

Bila Pilihanraya MPP???

Salam 1 Malaysia.
Bilakah berlakunya pilihanraya kampus d UTeM mahupun d IPTA yang lain?
Ura-ura ada yang mengatakan Pilihanraya MPP akan dilakukan pada bulan 10 atau 11 tahun ini.
Namun d UTeM persediaan awal telah dilakukan dengan mewujudkan jawatankuasa Jentera dengan lebih awal lagi.
Pelbagai spekulasi yang dinyatakan setiap kali berlakunya pilihanraya. pelbagai strategik di atur bagi memastikan calon-calon mereka menang dalam pilihanraya.
Tetapi persoalannya disini, adakah calon yang bertanding atas tiket untuk menjaga kebajikan pelajar atau atas tiket untuk glamour untuk menjadi MPP atau tiket untuk menjalankan program & aktiviti saje.
Peranan dan tanggungjawab MPP d UTeM harus berubah selaras mengikut perkembangan pembangunan d UTeM. kualiti pencapaian harus d utamakan bagi memastikan kebajikan pelajar dapat dijaga dengan baik.
Pelbagai manifesto yang ditabur oleh calon-calon semasa kempen pilihanraya dijalankan. namun yang penting adakah mereka akan mengotakan segala janji-janji manis mereka?
MPP UTeM perlu berubah. Jangan kita kira untuk mewujudkan pro mahasiswa atau pro aspirasi dalam MPP. Biarlah tiket tanggungjawab yang sebenarnya harus menjadi tulang belakang kepada konsep kerja MPP.
Semoga Pilihanraya kali ini dapat meningkatkan lagi kadar peratus keluar mengundi d UTeM.
Smoga berjaya JENTERA PILIHANRAYA MPP UTeM 2009/2010

Kehilangan Seorang Pelajar FKE

AL-FATIHAH.

Salam Ramadhan.

Tarikh: 28hb Ogos 2009
Tempat: (Lebuhraya PLUS Selangor)
Masa: 6.00 - 8.00 malam

Allah s.w.t lebih menyayangi arwah. telah ditakdirkan bagi dirinya. arwah merupakan pelajar diploma kejuruteraan elektrik (DEK) d UTeM batch 2005-2008.
Arwah kemudian telah menyambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Power Electronics & Drives) dan sudah tahun ke-3 dalam pengajian.
Telah mengalami kemalangan jalan raya d PLUS semasa dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Semoga rohnyer dicucuri rahmat dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Ahad, 12 Julai 2009

Persatuan Alumni UTeM


Salam perpaduan...

Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) telah mengorak langkah ke pemerintahan yang ke-2 selepas pemerintahan 1 yg mengukuhkan asas persatuan.
Kali nie aku d lantik dengan kuasa Presiden untuk menjadi Exco AUTeM 09/11.
amat mencabar kerana organisasi ini bermain dengan rangkaian yg luas.

Sbg exco, aku mempunyai strategik bagi mengukuhkan n meningkatkan lagi prestasi autem.
Biase le, mane2 organisasi pn mesti ade politik...
Bagi aku, aku x kan mengikut sahaja segala arahan n bentuk kerja yg akan dibuat.
akan dikaji demi kepentingan semua pihak.
dan akau x kan meyokong mana2 pihak yg menyalah gunakan kuasa n mengambil hak org lain.
ini kerana bertentangan ngn prinsip kepimpinan aku semasa aku menjadi MPP dahulu.
Hingga kini, kepentingan pelajar harus d utamakan.