Isnin, 6 Disember 2010

Hijrah Kembali Lagi

Selamat Menyambut Maal Hijrah.

Muharam kembali lagi dengan tahun hijrah yang ke-1432H. Namun sejauh mana kita semua menghayati peningkatan usia diri kita selaras dengan amal ibadah yang kita lakukan seharian.
Dengan bertemakan "1Malaysia 1Ummah" untuk sambutan tahun baru hijrah pada kali ini, adakah ia dapat membantu kita semua umat islam di malaysia ataupun di seluruh dunia dalam bersatu mempertahankan agama Islam. Sejauh manakah kita semua umat Islam di Malaysia khasnya dapat bersatu tanpa mengira pandangan politik.

Jangan kita utamakan pandangan politik sehingga kita sebagai saudara seagama bergaduh sesama sendiri. Kita harus sedar perjuangan bagi mempertahankan agama adalah amat penting segalanya.

Dengan dilihat pada masa kini, keruntuhan akhlak bagi golongan muda amat membimbangkan sekali. Lantas apakah tanggungjawab dan peranan kita sebagai umat islam dalam membantu menangani gejala ini. Tidak perlulah bersusah payah, cara yang mudah sekali bermula dikalangan keluarga kita sendiri.



Jika semua umat islam menyumbangkan bakti dengan hanya menjaga ahli keluarga sendiri bagi memastikan ahli tidak melanggar syariat Islam dan hukum syarak yang telah ditetapkan, sudah tentu kadar kerosakan akhlak dikalangan generasi muda dapat dikurangkan.

Semoga dengan tahun hijrah baru ini kita lebih mementingkan dan memikirkan persediaan kehidupan kita di akhirat kelak.
Semoga kita sentiasa di berkati oleh Allah s.w.t

Apa yang paling penting semoga kita tidak lalai dan lupa serta alpa dalam mengerjakan kewajipan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai hamba-Nya.
Berselawatlah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w sekurang-kurangnya sekali setiap kali sesudah menunaikan solat lima waktu.

Salam Maal Hijrah ke 1432H