Sabtu, 9 Januari 2010

Persediaan Lawatan ke Tenaga Swicthgear Sdn Bhd

Salam 1 Malaysia...


Adalah dimaklumkan bahawa 4 BEKP (Requirements: High Voltage Subject) akan membuat lawatan industri ke Tenaga Switchgear Sdn Bhd.
Berikut merupakan tentatif program lawatan tersebut.


Masa berkumpul adalah jam 4.30 pagi di cafetaria 1 FKE, UTeM.


Masa Bertolak adalah jam 5.00 pagi. (Pihak penganjur tidak akan menunggu penumpang yang lewat tiba dari masa yang telah ditetapkan. Bas akan bertolak tepat jam 5.00 pagi)


Tarikh: 14 Januari 2010 (Khamis)


Pakaian: 
Formal (Labkot, Jeans dibenarkan tetapi tidak boleh lusuh, koyak, berkasut bagi lelaki dan perempuan) - Very Strictly 


Peralatan yang perlu dibawa adalah:
1. Soalan2 yang hendak ditanya semasa sesi lawatan.
2. Buku catitan 
3. Kad Matrik
4. Bawa pakaian untuk bersolat baik lelaki mahupun perempuan


Pegawai pengiring:
En. Farhan bin Hanaffi
Pensyarah
Jabatan Kuasa Industri
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Universiti Teknikal Malaysia Melaka


Tatatertib Lawatan:
1. Pihak penganjur mengharapkan semua dapat menjaga nama baik universiti ketika sidang lawatan dijalankan.
2. Silakan pastikan keselamatan diri, barang berharga serta rakan-rakan dalam keadaan yang selamat.
3. Jangan membuang sampah merata-rata.
4. Jangan menghisap rokok di tempat yang tidak dibenarkan.
5. Jangan lupa bawa solat.
6. Sentiasa mematuhi arahan daripada pihak penganjur.
7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sama sekali kepada mereka yang ingkar terhadap arahan yang diberikan oleh penganjur mahupun pihak syarikat serta pensyarah.
8. Sentiasa menjaga etika peribadi.
9. Hormati semua pihak yang terlibat seperti pemandu bas, pihak penganjur dan terutamanya pensyarah.


Sebarang permasalahan atau pertanyaan hubungi AJK penganjur:
1. Mohd Iskandar bin Md Sulaiman (Ketua Delegasi)
2. Mohd Amizu bin Mamat ( AJK Persuratan)
3. Zubir bin Mahmod (AJK Hubungan Luar)
4. Abdul Razak bin Abdul Rahman (AJK Hubungan Luar)
5. Ahmad Suzaimy (AJK Pendaftran)
6. Mohd Nazri bin Idris (AJK Pendaftaran)
7. Timothy @ TJ (AJK Logistik)
8. Koh (AJK Logistik)
9. Yuen (AJK Cenderahati & Makanan)
10. Ann (AJK Cenderahati & Makanan)
11. Khairurzaikin bin Mukhtar (AJK Laporan, Gambar & Dokumentasi)
12. Jeremy (AJK Laporan, Gambar & Dokumentasi)
13. Hau (AJK Laporan, Gambar & Dokumentasi)


Kepastian kehadiran dalam lawatan ini bagi mereka yang terlibat akan dilakukan pada hari Isnin 11 Januari 2010 semasa kuliah High Voltage jam 2.00pm hingga jam 4.00pm.
selepas tempoh masa tersebut,mereka yang gagal memberi kepastian kehadiran tidak akan dilayan dan dianggap tidak hadir.
Sekiranya gagal hadir dalaman lawatan setelah memberi kepastian tanpa sebab munasabah kepada penganjur atau pensyarah boleh dikenakan tindakan.
Layari FB Mohd iskandar bin md sulaiman bagi memasuki nama dalam jemputan program.




Disediakan oleh:
Mohd Iskandar bin Md Sulaiman
Ketua Delegasi Lawatan
Tenaga Swichgear Sdn Bhd