Sabtu, 8 Januari 2011

Temuduga: Apakah Persiapan Yang Perlu Dilakukan???

Sekadar Perkongsian.
Mungkin di luar sana lebih banyak lagi tip-tip temuduga yang lebih baik.
Tapi apa salahnya jika kita berkongsi pengalaman dan pendapat.

1. SEBELUM 

  • Mengetahui profil syarikat, jawatan dan bidang tugas yang dipohon.
  • Pastikan sijil asal dan salinan serta resume disediakan dengan teratur mengikut susunan. 
  • Ketahui siapa panel yang menemuduga anda.



2. SEMASA

  • Beri salam pada panel.
  • Dengar dan jawab soalan dengan betul.
  • Tunjukkan keyakinan dan motivasi yang tinggi.
  • Tenang aka cool dan tak gementar.
  • Jangan menguasai sesi temuduga melebihi panel.
  • Jangan bangga,riak, takbur,sombong, bongkak bercakap panjang dan cakap banyak2 tapi bayar kurang.
  • Jangan cerita perkara yang tiada kaitan. (masalah rumah tangga, peribadi dll)
  • Jangan bergaduh dengan panel temuduga, mungkin dia saja memberi psiko pada anda.
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda.



3. SELEPAS

  • Biarkan panel menamatkan sesi temuduga.
  • Ucapkanlah terima kasih pada panel.
  • Keluar daripada bilik dengan segera dan sopan santun.
  • Pastikan tiada barang ditinggalkan.
4. JANGAN BUAT PERKARA INI


  • Jangan menjawab dengan perkataan "A'ah".
  • Jangan bercakap dengan terlalu perlahan atau terlalu kuat. Biasa-biasa saja dah la.
  • Melakukan perbuatan yang menggangu tumpuan panel.
  • Mengunyah gula-gula getah.
  • Mengoyangkan dan menyilangkan kaki.
  • Menjengkilkan mata anda.
  • Menggunakan "slang" atau loghat bahasa anda.
  • Menyebut atau memanggil nama panel tanpa disebut gelaran.
  • Memotong percakapan panel.

Sekian. Itu saja buat masa ini. Apa-apa pun semoga berjaya. Jangan lupa berdoa pada Tuhan semoga dipermudahkan urusan.

Berkahwin atau Belum: Apakah Kematian Yang Perlu Dirisaukan???

Kematian apakah yang perlu dirisaukan bagi orang yang sudah berkahwin atau belum berkahwin???

Jangan fikir yang lain...

Kematian yang seharus dirisaukan bagi mereka yang sudah berkahwin atau belum berkahwin tatkala hidup mereka adalah HATI.
HATI yang mati boleh membawa kepada tindakan yang baik.

Antara tanda-tanda hati yang mati adalah: Ketahui formula 10 M dibawah.

  1.  Mengakui mengenal Allah SWT, TETAPI tidak menunaikan perintah-Nya.
  2.  Mengakui mencintai pada Rasulullah TETAPI mengabaikan sunnah dan amalan Baginda.
  3.  Membaca Al-Quran TETAPI tidak beramal dengan hukumnya.
  4. Memakan nikmat Allah, TETAPI tidak mensyukuri pemberian-Nya.
  5. Mengakui syaitan itu musuh, TETAPI tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengakui adanya nikmat syurga, TETAPI tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Mengakui adanya seksa neraka, TETAPI tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengakui kematian pasti terjadi bagi setiap bernyawa, TETAPI masih tidak bersedia menghadapinya.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, TETAPI alpa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguruskan jenazah saudara yang mati, TETAPI tidak mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang berlaku.


3 Perkara tatkala ditinggalkannya akan menjadi penyebab HATI mati:
  1. Meninggalkan solat
  2. Meninggalkan sedekah
  3. Tidak mengingati Allah dengan berzikir
Hati yang sudah mati akan menunjukkan tanda-tandanya antara ialah:
  1. Kurang membuat kebaikan
  2. Kurang kasih sayang pada orang lain
  3. Tidak menolong orang
  4. Suka pada kemungkaran
  5. Terlalu menurut pada hawa nafsu
  6. Lalai dan alpa pada kebajikan 
  7. Suka pada kemaksiatan
Semoga kita merenungi diri kita dan memperbaiki diri kita setiap masa agar kita sentiasa bersedia ke alam lain.


Jumaat, 7 Januari 2011

Perasaan Cinta & Suka: Apakah perbezaannya???

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.



Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.