Sudah lama ingin mencoret tajuk ini tapi kesempatan belum ada.
Di sebalik tajuk ini mengungkap kisah sebenar masa kini anak-anak muda mengenai PRU 13 tidak lama lagi. Pelbagai kempen, usaha, jalan, inisiatif dan bermacam-macam lagilah, namun masih belum mampu memberi pemahaman yang jelas pada sesetengah golongan muda yang layak mengundi ini.
Ada yang umur sudah melebihi dariku, namun masih belum daftar sebagai pengundi lagi. Dalam topik ini, tiada unsur dari mana-mana parti politik. Yang jelas hanyalah fakta realiti atau tanggapan sahaja.
Sudah diberitahu dan dimaklumkan cara dan bagaimana mendaftar sebagai pengundi. Namun masih terdapat golongan yang pura-pura tidak tahu ATAU tidak mahu ambil tahu. Bukannya mengambil masa yang lama, hanya memberikan myKad dan agen SPR tersebut akan menguruskannya dalam masa kurang 15 minit. Agen SPR tersebut akan memproses pendaftaran tersebut.
Sudahlah tidak mendaftar sebagai pengundi, tetapi bila bab MENGKRITIK sesuatu tampuk pemerintahan kerajaan melebihi orang yang mengundi. Bagi aku orang seperti ini tidak layak untuk MENGKRITIK apa-apa pun mengenai kerajaan yang sedang memerintah mahupun pihak pembangkang. Ini kerana tiada sedikit usaha pun yang mereka telah sumbangkan bagi memilih calon yang bertanding.
INSAFLAH wahai golongan yang layak mengundi namun masih tidak daftar lagi sebagai pengundi. Jadilah orang yang bijak dalam mengkritik, bukanlah secara mengikut emosi. Bertindak menggunakan akal.
Pesanan Ikhlas:
Daftarlah sebagai PENGUNDI, barulah anda layak bersuara untuk mengkritik. Jika tidak, lupakan saja niat.
Selamat mendaftar dan mengundi PRU 13.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia