Selasa, 13 Julai 2010

KEWUJUDAN SPR IPT: SEJAUH MANA DAPAT MEMBANTU SPRM???

Salam Sejahtera...


Apakah SPR IPT???
Dimaksudkan disini adalah "Sekretariat Pencegahan Rasuah Institusi Pengajian Tinggi".
Untuk peringkat permulaan, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) untuk mewujudkan sekretariat ini di kesemua IPTA.

Apakah Faktor Kewujudan SPR IPT???
Antara salah satu faktor yang menyumbang kepada kewujudan SPR IPTA ini adalah berikutan kajian persepsi awam yang dibuat pada tahun 2002 mengenai gejala rasuah ke atas sampel mahasiswa IPTA. Hasil daripada kajian tersebut didapati bahawa sebanyak 31% pelajar IPTA sanggup menerima rasuah jika mempunyai kuasa dan peluang. Disebabkan jumlah ini maka diwujudkan organisasi SPR IPTA ini bagi membantu SPRM dalam memberi pendidikan dan maklumat berkaitan keburukan RASUAH DI SESEBUAH NEGARA JIKA BERLELUASA.



Bilakah SPR IPTA diwujudkan???
Telah dilancarkan di Putrajaya pada Disember 2007 yang mana dihadiri oleh wakil pelajar setiap IPTA serta pegawai kanan IPTA, pihak SPRM, pihak kementerian dan pihak-pihak yang berkaitan. Maka dengan itu, Awal Januari 2008 bermulah operasi peranan kewujudan SPR IPTA di setiap IPTA masing-masing. Namun, tarikh tersebut hanya merupakan ramalan awal untuk mengerakkan SPR di IPTA. Masih terdapat juga hingga kini walaupun sudah hampir 2 tahun berlalu sejak diwujudkan, masih terdapat SPR IPTA yang tidak bergerak aktif ibarat "hidup segan mati tak mahu".

Nantikan sambungan artikel ini dibahagian 2.

-MIMS-
Selaku Mantan Ketua Sekretariat Pertama (2008)
Sekretariat Pencegahan Rasuah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan