Baru-baru ini sekali lagi dikeluarkan keputusan CPI negara oleh badan bebas iaitu Transparency International (TI) bagi setiap negara yang menyertai badan ini. Namun, terdapat berita yang amat mendukacita kerana CPI Malaysia sekali lagi jatuh kepada 4.4 yang berada di tangga ke-56 pada tahun ini berbanding tahun 2009 berada pada tangga ke 56 sebanyak 4.5.
Keputusan ini amat tidak setanding dengan yang didapati Malaysia pada tahun 2008 berada pada tangga ke 47 sebanyak 5.1
Tahun 2010 ini juga menunjukkan Malaysia telah tewas dengan negara Afrika Selatan iaitu sebanyak 4.5 pada tangga ke 54.
Jika dilihat dari tahun 2009 ke 2010 menunjukkan kedudukan Malaysia terjatuh dalam CPI ini berbanding tahun 2008.
Kalau diikutkan, CPI Malaysia seharusnya menunjukkan keputusan yang amat baik berbanding tahun-tahun yang sudah. Ini kerana Agensi Pencegahan Rasuah di Malaysia yang dulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) sudah dinaikkan taraf kepada sebuah badan yang lebih bebas dan diletakkan secara terus dibawah YDP Agong yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2010
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2009
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008
Apakah punca-punca yang mempengaruhi keputusan ini?
Adakah SPRM masih tidak mampu menangani rasuah di Malaysia?
Adakah kewujudan Sekretariat Pencegahan Rasuah di IPTA masih tidak membantu kepada usaha membasmi gejala rasuah?
Adakah rakyat Malaysia masih tidak cukup nilai-nilai integriti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan