Ahad, 20 Februari 2011

Panduan Ringkas Pengiraan Zakat

Sabda Rasulullah S.A.W ketika mengutus Muadz bin Jabbal Radhiyallahu' ke negeri Yaman:
"Terangkanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka untuk mengeluarkan zakat yang dipungut dari orang-orang kaya diantara mereka untuk diberikan kepada orang-orang fakir dari mereka"
(H.R Muslim Kitabul Imam 1:147 No. 121)

1. HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

  1. Wang Simpanan
  2. Saham
  3. Pendapatan
  4. Emas & Perak
  5. Perniagaan
  6. Pertanian
  7. Ternakan
  8. Rikaz/Galian
2. SYARAT WAJIB ZAKAT

Pertama - Islam
Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.
Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.
Kedua - Merdeka
Zakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka.
Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.
Ketiga - Sempurna Milik
Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka
dan bebas untuk menggunakannya.
Keempat - Cukup Nisab
Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta
untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.

Kelima - Sempurna Haul
Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan
selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)


  • ZAKAT WANG SIMPANAN

Wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain simpanan

Nisab Wang Simpanan
Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.

Kadar Wajib Zakat
1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% = RM 250.00
Pengiraan simpanan tidak tetap (keluar & masuk)
  • Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul
  • Pemilik beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
  • Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat.

contoh 1: Simpanan dalam satu akaun
Tarikh
Masuk/Dividen
Keluar
Baki
1/1/2005
2,000.00
2,000.00
5/3/2005
8,000.00
10,000.00
25/10/2005
(faedah) 150.00
4,500.00
5,650.00
15/3/2006
500.00
6,150.00
10/4/2006
250.00
5,900.00
  • Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5 mac 2005 - 15 mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)
  • Zakat yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah bank yang diterima) RM5,650.00 - RM150.00 (faedah) x 2.5% = RM137.50 (diandaikan kadar nisab ialah pada RM5,300.00)
contoh 2: Simpanan dalam beberapa akaun
Akaun 1
Tarikh
Masuk/Dividen
Keluar
Baki
2/3/2005
7,000.00
28/72005
500.00
6,500.00
30/12/2005
300.00
6,800.00
15/3/2006
6,400.00
400.00
12,800.00
2/4/2006
2,000.00
14,800.00

Akaun 2
Tarikh
Masuk / Dividen
Keluar
Baki
1/3/2005
7,500.00
7,500.00
28/11/2005
4,500.00
3,000.00
25/3/2006
1,500.00
4,500.00
20/4/2006
100.00
4,600.00
  • Tempoh haul bermula pada 1 mac 2005
  • Zakat yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun x 2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00) x 2.5% = RM237.50
Pengiraan Simpanan tetap (fixed deposite)
  • Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan
  • Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya.
  • Contoh pengiraan : ahmad mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM 50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun. Zakat ialah RM 50,000.00 x 2.5% = RM1,250.00

  • ZAKAT PENDAPATAN

Gaji / Pendapatan
Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.
Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.
Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :
1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :
a. Sara diri - RM 9,000.00
b. Isteri - RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak - RM 1,000.00 x Bilangan anak
d. Mereka yang dibawah tanggungannya.
2. Perubatan
3. Pendidikan
Contoh pengiraan
A. Pendapatan
GajiRM 36,000.00
ElaunRM 6,200.00
BonusRM 4,000.00
Jumlah pendapatan SetahunRM 46, 200.00
  
B.Perbelanjaan 
Penolakan 
Saraan diriRM 9,000.00
IsteriRM 3,000.00
Anak RM 1,000.00 x 4 orangRM 4,000.00
Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan
RM 2,400.00
Perubatan anak RM200.00 x 12 bulanRM 2,400.00
Jumlah penolakan setahunRM 20,800.00
Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B)RM 25,400.00
Zakat = RM 25,400.00 x 2.5%RM 635.00 (setahun)
 *RM 53.00 (sebulan)
* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.

  • ZAKAT SAHAM
Wang yang dilabur di dalam syarikat atau perniagaan sebagai bukti pemilikan sesebuah perniagaan. Nisab dan kadar zakat saham adalah sama seperti zakat simpanan.
Antara zakat sahamnya ialah: Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Johor (ASJ), Saham-saham di bursa saham, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan.
  • ZAKAT EMAS & PERAK
Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.

Nisab Emas & PerakEmas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.

Pengiraan

Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakaiIaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh pengiraanJika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah :
RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00

Emas yang dipakai
Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas

Bagi perak tiada had maksima ditetapka
n

  • ZAKAT PERTANIAN
Bijiran ialah hasil tanaman yang menjadi makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi, kacang dan seumpamanya.
  • Buah-buahan ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja.
  • Bagi Negara Malaysia, bijiran yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi
  • Hasil pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi, sayur-sayuran dan sebagainya tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan.
  • Tidak disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh manusia.
Nisab bijiran dan buah-buahan
5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia atau 816.75 kilogram.
1 Tahil = 37.5g
1 Kati = 600g = 16 tahil
1 Gantang = 3 kati 12 tahil = 2.25kg

Waktu berzakat
Dikeluarkan zakat setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan diproses. Sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur.

Kadar wajib zakat- 5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera dan saliran.
- 10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata.
  • ZAKAT TERNAKAN
Ternakan yang diwajibkan zakat- Unta
- Lembu / Kerbau
- Kambing / Biri-biri

Syarat WajibSelain daripada 5 syarat utama zakat, hendaklah haiwan itu
- Dipelihara di padang ternakan
- Tidak diguna untuk bekerja
Sifir Pengiraan Lembu
Nisab
Kadar Zakat
Jumlah
Jantina
Umur
30-39
1
1 jantan @ 1 betina
1 tahun
40-49
1
1 betina
2 tahun
60-69
2
2 jantan
1 tahun
70-79
2
1 jantan & 1 betina
1 tahun & 2 tahun
Sifir Pengiraan Kambing
Nisab
Kadar Zakat
Jumlah
Jantina
Umur
40-120
1
Jantan / Betina
1 tahun
121-200
2
Jantan / Betina
1 tahun
200-399
3
Jantan / Betina
1 tahun
400-499
4
Jantan / Betina
  • ZAKAT RIKAZ/GALIAN
Galian - hasil galian emas dan perak yang tertanam di dalam perut bumi.
Rikaz - Rikaz ialah harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah hasil simpanan orang-orang jahiliah (sebelum kedatangan Islam)

Nisab Galian Dan waktu mengeluarkannya
Nisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85 gram bagi emas dan 595 bagi perak. Tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi dan dibersihkan tanpa diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada jumlah keseluruhannya yang cukup syarat.

Syarat wajib Zakat Rikaz
Syarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan sempurna milik. Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi.

  • ZAKAT FITRAH
Pendahuluan 
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.
Takrif
Kefardhuan
Hukum
Fadhilat
Syarat-syarat wajib
Waktu mengeluarkan Zakat
Jenis dan Kadar
Lafaz
Pembayaran Zakat Fitrah di Negeri Johor


Takrif Zakat Fitrah 
Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Kefardhuan Zakat Fitrah 
Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.
Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.
Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.
Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.
Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan ... dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.

KAEDAH PEMBAYARAN:


Pembayaran boleh dilakukan dengan :

1. Datang sendiri ke kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua Pejabat Agama Daerah.

2. Melalui pos (cek / kiriman wang / wang pos / Bank draf ) atas nama
    Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah Negeri Johor.

3. Agen-agen kutipan zakat MAIJ.
4. Skim Potongan Gaji Bulanan
  • Kakitangan Kerajaan (Kod AG 4380, Kod Negeri 2509)
  • Kakitangan Swasta (Majikan)
5. Kaunter bergerak / sementara yang dibuka dari semasa ke semasa di negeri Johor.
    Kami juga bersedia ke tempat Tuan/Puan untuk tujuan penerangan, pengiraan dan kutipan zakat.
Waktu urusan Kaunter
Majlis Agama Islam Negeri Johor di Ibu Pejabat Dan
Pejabat-pejabat MAIJ Daerah
Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 5.00 petang



2 ulasan: