Khamis, 25 Februari 2010

Hemoglobin Dalam Darah

APA ITU HEMOGLOBIN???

HEMOGLOBIN ialah molekul protein yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa gas oksigen (O2) daripada organ paru-paru ke seluruh tubuh manusia dan kembali semula ke paru-paru dengan membawa gas karbon dioksida (CO2) setelah diambil daripada semua jaringan tubuh manusia.


HEMOGLOBIN terdiri daripada gabungan empat molekul protein (rantai globulin) yang berkaitan bersama-sama. Setiap rantai globulin mengandungi struktur penting disebut molekul heme. Terdapat molekul heme besi yang berfungsi untuk mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida dalam darah. Besi (Iron) terkandung dalam Hemoglobin yang juga berfungsi untuk mewarna merah darah. 

HEMOGLOBIN turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan bentuk sel darah merah. Struktur Hemoglobin yang tidak normal akan menggangu pembentukan sel darah merah dan seterusnya menghalang pengaliran melalui pembuluh darah.


BAGAIMANAKAH HEMOGLOBIN DIUKUR???


Hemoglobin diukur sebagai sebahagian daripada hitung darah lengkap (CBC-complete blood count) daripada sampel darah. Terdapat beberapa kaedah untuk mengukur hemoglobin yang kebanyakan dilakukan pada masa kini oleh mesin elektronik yang direka khas untuk menguji kadar hemoglobin darah manusia. Menerusi alat ini, sel darah merah dipecahkan untuk mendapatkan hemoglobin. Hemoglobin bebas boleh terdedah pada bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat erat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. Jumlah Hemoglobin dapat ditentukan dengan menghalakan cahaya melalui solusi dan mengukur seberapa banyak cahaya yang diserap (khususnya pada panjang gelombang 540 nanometer).


BERAPAKAH PARAS NORMAL HEMOGLOBIN???

Paras Hemoglobin dinyatakan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) per desiliter (dl) daripada darah, sebuah desiliter menjadi 100 mililiter. Julat normal hemoglobin bergantung pada usia dan jantina manusia. Julat normal adalah:
  1. bayi baru lahir = 17-22gm/dl
  2. berusia 1 minggu = 15-20gm/dl
  3. berusia 1 bulan = 11-15gm/dl
  4. kanak-kanak = 11-13gm/dl
  5. lelaki dewasa = 14-18gm/dl
  6. perempuan dewasa = 12-16gm/dl
  7. lelaki berusia = 12.4-14.9 gm/dl
  8. perempuan berusia =11.7-13.8 gm/dl
* Semua nilai ini akan terdapat perbezaan bergantung penggunaan jenis alat dan makmal.

2 ulasan: