Memberi perlindungan yang mencukupi daripada arus lebihan. Setiap litar seharusnya mempunyai dan dilengkapi dengan pemutus litar yang mampu memutuskan litar secara terus melalui alat pemutus litar daripada bekalan samada berlaku kejadian lebihan arus atau arus bocor.
Pemutus Litar yang dipasang seharusnya mampu memutuskan sebarang arus bocor yang melalui litar sebelum ia memberikan bahaya kepada pengguna melalui kesan termal atau mekanikal yang dihasilkan menerusi litar terbabit.
Ciri-ciri alat pemutus litar seharusnya memuaskan atau mencapai tahap kapasiti pemutusan yang lebih besar atau sama dengan prospek arus litar pintas atau arus bocor ke bumi pada poin atau litar yang dipasang alat pemutus litar (circuit breaker).
Pemutus Litar (circuit breaker) adalah alat suis mekanikal yang mana harus mempunyai spesifikasi seperti berikut:
- Ia seharusnya mampu berfungsi dengan selamat tertutup dalam semua jenis beban arus atau arus litar pintas dalam julat pembuatan alat pemutusan litar tersebut.
- Ia seharusnya mampu terbuka sengan selamat bagi semua jenis arus dimana arus tersebut berada dalam julat lingkungan alat pemutus litar tersebut.
- Ia seharusnya berfungsi secara automatik apabila berlaku gangguan aliran arus yang tidak normal atau arus yang tinggi sehingga melebihi julat lingkungan kemampuan alat pemutus litar tersebut.
- Ia seharusnya boleh membawa arus secara berterusan pada kadar yang ditetapkan alat pemutus litar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan