Khamis, 3 November 2011

What is Power Factor (pf)?

Power Factor is an index used to measure the efficient use of electricity. this index is measured on a range of 0 - 1.

A high power factor index (e.g. above 0.85) indicates an efficient level of electricity usage.
On the other hand, a low Power Factor index (e.g. under 0.85) shows an inefficient use of electricity, indicating electricity wastage.



Why you need to maintain a high Power Factor?

A high Power Factor index gives the following benefits:

1. No additional charges in monthly electricity bill as there is no Power Factor surcharge.
2. Extends the lifespan of electrical appliances.
3. Reduces electricity wastage for electrical installations at customers' premisses.
4. Conserves the environment by lowering fuel usage and helps the country reduce carbon dioxide (CO2) emissions.

Customers are encouraged to consustently maintain a high Power Factor index (above 0.85). A power Factor Surcharge will be imposed on Power Factor indx below 0.85


Take these steps to improve Power Factor



1. Install equipment that can improve Power Factor, such as a Capacitor Bank.
2. Avoid operating motor-based electrical appliances without load or below the load recommended by manufacturers.
3. Use motor-based electrical appliances with a high Power Factor.
4. Use motor-based electrical appliances that are SIRIM-certified and have energy efficient labels.


Copyright from TNB.

Mengungkap rahsia setiap pergerakan dalam solat

Terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.



1. Berdiri

Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.

2. Takbir

Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. waktu itu, paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

3. Rukuk

Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

4. Sujud

Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.

5. Duduk Iftirasy (Duduk di antara dua sujud)

Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemuanya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.

6. Transisi

Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.

7. Thuma'ninah

Thuma'ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.

8. Salam

Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.


Jumaat, 28 Oktober 2011

Adakah Kita Profesional Sejajar Dengan Kedudukan Kita???

Bukan Kedudukan Pangkat yang menunjukkan tahap profesional seseorang.
Tahap Profesional seseorang individu itu terletak pada diri mereka sendiri bagaimana mereka menyesuaikan keadaan diri mereka dengan paras kedudukan yang dia ada sekarang.
Walaupun seseorang itu pada dasar jawatannya berada digelar profesional, namun tidak semestinya individu terbabit akan berperilaku sebagai seseorang yang profesional berdasarkan jawatan ia.



Sebagai contoh:
Jika seorang cleaner bertindak secara profesional dengan melakukan tanggungjawabnya dengan dedikasi, walaupun terpaksa melayan kerenah perangai manusia yang tidak tahu menjaga kebersihan setiap hari, namun ia masih melakukan kerjanya tanpa perlu bertindak diluar batasan kerja kepada orang lain. walaupun pada dasarnya tahap pekerjaan cleaner itu bukan berada pada level profesional. maka ia di anggap lebih profesional dengan melaksanakan tanggungjawab dia.

Jika seorang pengurus bertindak diluar batasan profesional dia dengan contoh menjatuhkan hukuman tanpa soal periksa, maka ia di anggap tidak profesional selari dengan tahap kedudukan profesional pekerjaan dia.



kesimpulannya, bukan kedudukan jawatan yang menunjukkan individu terbabit profesional atau tidak, yang mencerminkan mereka profesional adalah bagaimana mereka bertindak secara profesional berdasakan kedudukan jawatan mereka.

Terima kasih.

Sekadar renungan dan perkongsian bersama.

Ahad, 20 Februari 2011

Panduan Ringkas Pengiraan Zakat

Sabda Rasulullah S.A.W ketika mengutus Muadz bin Jabbal Radhiyallahu' ke negeri Yaman:
"Terangkanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka untuk mengeluarkan zakat yang dipungut dari orang-orang kaya diantara mereka untuk diberikan kepada orang-orang fakir dari mereka"
(H.R Muslim Kitabul Imam 1:147 No. 121)

1. HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

  1. Wang Simpanan
  2. Saham
  3. Pendapatan
  4. Emas & Perak
  5. Perniagaan
  6. Pertanian
  7. Ternakan
  8. Rikaz/Galian
2. SYARAT WAJIB ZAKAT

Pertama - Islam
Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.
Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.
Kedua - Merdeka
Zakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka.
Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.
Ketiga - Sempurna Milik
Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka
dan bebas untuk menggunakannya.
Keempat - Cukup Nisab
Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta
untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.

Kelima - Sempurna Haul
Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan
selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)


  • ZAKAT WANG SIMPANAN

Wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain simpanan

Nisab Wang Simpanan
Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.

Kadar Wajib Zakat
1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% = RM 250.00
Pengiraan simpanan tidak tetap (keluar & masuk)
  • Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul
  • Pemilik beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
  • Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat.

contoh 1: Simpanan dalam satu akaun
Tarikh
Masuk/Dividen
Keluar
Baki
1/1/2005
2,000.00
2,000.00
5/3/2005
8,000.00
10,000.00
25/10/2005
(faedah) 150.00
4,500.00
5,650.00
15/3/2006
500.00
6,150.00
10/4/2006
250.00
5,900.00
  • Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5 mac 2005 - 15 mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)
  • Zakat yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah bank yang diterima) RM5,650.00 - RM150.00 (faedah) x 2.5% = RM137.50 (diandaikan kadar nisab ialah pada RM5,300.00)
contoh 2: Simpanan dalam beberapa akaun
Akaun 1
Tarikh
Masuk/Dividen
Keluar
Baki
2/3/2005
7,000.00
28/72005
500.00
6,500.00
30/12/2005
300.00
6,800.00
15/3/2006
6,400.00
400.00
12,800.00
2/4/2006
2,000.00
14,800.00

Akaun 2
Tarikh
Masuk / Dividen
Keluar
Baki
1/3/2005
7,500.00
7,500.00
28/11/2005
4,500.00
3,000.00
25/3/2006
1,500.00
4,500.00
20/4/2006
100.00
4,600.00
  • Tempoh haul bermula pada 1 mac 2005
  • Zakat yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun x 2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00) x 2.5% = RM237.50
Pengiraan Simpanan tetap (fixed deposite)
  • Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan
  • Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya.
  • Contoh pengiraan : ahmad mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM 50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun. Zakat ialah RM 50,000.00 x 2.5% = RM1,250.00

  • ZAKAT PENDAPATAN

Gaji / Pendapatan
Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.
Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.
Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :
1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :
a. Sara diri - RM 9,000.00
b. Isteri - RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak - RM 1,000.00 x Bilangan anak
d. Mereka yang dibawah tanggungannya.
2. Perubatan
3. Pendidikan
Contoh pengiraan
A. Pendapatan
GajiRM 36,000.00
ElaunRM 6,200.00
BonusRM 4,000.00
Jumlah pendapatan SetahunRM 46, 200.00
  
B.Perbelanjaan 
Penolakan 
Saraan diriRM 9,000.00
IsteriRM 3,000.00
Anak RM 1,000.00 x 4 orangRM 4,000.00
Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan
RM 2,400.00
Perubatan anak RM200.00 x 12 bulanRM 2,400.00
Jumlah penolakan setahunRM 20,800.00
Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B)RM 25,400.00
Zakat = RM 25,400.00 x 2.5%RM 635.00 (setahun)
 *RM 53.00 (sebulan)
* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.

  • ZAKAT SAHAM
Wang yang dilabur di dalam syarikat atau perniagaan sebagai bukti pemilikan sesebuah perniagaan. Nisab dan kadar zakat saham adalah sama seperti zakat simpanan.
Antara zakat sahamnya ialah: Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Johor (ASJ), Saham-saham di bursa saham, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan.
  • ZAKAT EMAS & PERAK
Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.

Nisab Emas & PerakEmas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.

Pengiraan

Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakaiIaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh pengiraanJika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah :
RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00

Emas yang dipakai
Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas

Bagi perak tiada had maksima ditetapka
n

  • ZAKAT PERTANIAN
Bijiran ialah hasil tanaman yang menjadi makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi, kacang dan seumpamanya.
  • Buah-buahan ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja.
  • Bagi Negara Malaysia, bijiran yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi
  • Hasil pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi, sayur-sayuran dan sebagainya tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan.
  • Tidak disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh manusia.
Nisab bijiran dan buah-buahan
5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia atau 816.75 kilogram.
1 Tahil = 37.5g
1 Kati = 600g = 16 tahil
1 Gantang = 3 kati 12 tahil = 2.25kg

Waktu berzakat
Dikeluarkan zakat setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan diproses. Sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur.

Kadar wajib zakat- 5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera dan saliran.
- 10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata.
  • ZAKAT TERNAKAN
Ternakan yang diwajibkan zakat- Unta
- Lembu / Kerbau
- Kambing / Biri-biri

Syarat WajibSelain daripada 5 syarat utama zakat, hendaklah haiwan itu
- Dipelihara di padang ternakan
- Tidak diguna untuk bekerja
Sifir Pengiraan Lembu
Nisab
Kadar Zakat
Jumlah
Jantina
Umur
30-39
1
1 jantan @ 1 betina
1 tahun
40-49
1
1 betina
2 tahun
60-69
2
2 jantan
1 tahun
70-79
2
1 jantan & 1 betina
1 tahun & 2 tahun
Sifir Pengiraan Kambing
Nisab
Kadar Zakat
Jumlah
Jantina
Umur
40-120
1
Jantan / Betina
1 tahun
121-200
2
Jantan / Betina
1 tahun
200-399
3
Jantan / Betina
1 tahun
400-499
4
Jantan / Betina
  • ZAKAT RIKAZ/GALIAN
Galian - hasil galian emas dan perak yang tertanam di dalam perut bumi.
Rikaz - Rikaz ialah harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah hasil simpanan orang-orang jahiliah (sebelum kedatangan Islam)

Nisab Galian Dan waktu mengeluarkannya
Nisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85 gram bagi emas dan 595 bagi perak. Tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi dan dibersihkan tanpa diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada jumlah keseluruhannya yang cukup syarat.

Syarat wajib Zakat Rikaz
Syarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan sempurna milik. Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi.

  • ZAKAT FITRAH
Pendahuluan 
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.
Takrif
Kefardhuan
Hukum
Fadhilat
Syarat-syarat wajib
Waktu mengeluarkan Zakat
Jenis dan Kadar
Lafaz
Pembayaran Zakat Fitrah di Negeri Johor


Takrif Zakat Fitrah 
Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Kefardhuan Zakat Fitrah 
Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.
Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.
Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.
Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.
Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan ... dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.

KAEDAH PEMBAYARAN:


Pembayaran boleh dilakukan dengan :

1. Datang sendiri ke kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua Pejabat Agama Daerah.

2. Melalui pos (cek / kiriman wang / wang pos / Bank draf ) atas nama
    Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah Negeri Johor.

3. Agen-agen kutipan zakat MAIJ.
4. Skim Potongan Gaji Bulanan
  • Kakitangan Kerajaan (Kod AG 4380, Kod Negeri 2509)
  • Kakitangan Swasta (Majikan)
5. Kaunter bergerak / sementara yang dibuka dari semasa ke semasa di negeri Johor.
    Kami juga bersedia ke tempat Tuan/Puan untuk tujuan penerangan, pengiraan dan kutipan zakat.
Waktu urusan Kaunter
Majlis Agama Islam Negeri Johor di Ibu Pejabat Dan
Pejabat-pejabat MAIJ Daerah
Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 5.00 petang



Khamis, 3 Februari 2011

Dr Mahathir seorang yang bijak - Nik Aziz


KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya.


Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.


Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas  wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama  jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?  Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta  menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Dipetik daripada: Harakahdaily

Khamis, 27 Januari 2011

Jawatan Kosong d UMP




CALON-CALON  YANG  MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di
laman web rasmi UMP. Calon diwajibkan mencetak
Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran
permohonan melalui web rasmi UMP). Sila hantar permohonan beserta dengan
salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan ke
alamat yang tertera  di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui
laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh
tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu
dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Pada atau sebelum 11 Februari 2011

Jawatan Kosong d LHDN



Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

1.Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
2.Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 41
3.Penolong Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 31
4.Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31
5.Penolong Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 31
6.Penolong Pegawai Eksekutif (Kesetiausahaan) Gred 31
7.Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 21

KLIK SINI UNTUK IKLAN PENUH SERTA SYARAT KELAYAKAN SETIAP JAWATAN

Perhatian: Untuk permohonan melalui Portal JobMalaysia, anda hendaklah mencari jawatan ini pada ruang carian segera dan menggunakan kata kunci Lembaga untuk mendapat ketepatan pencarian jawatan.

CARA MEMOHON:

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM. Setiap pemohon hanya boleh memohon Satu (1) jawatan sahaja.

Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temuduga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui maklumat berkenaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 10 Februari 2011

Jawatan Kosong d Lembaga Pelabuhan Kuantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia sahaja yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1) Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
2) Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27

KLIK IKLAN 
KLIK BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon :
a) Borang permohonan jawatan boleh didapati di Pejabat Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu pejabat atau melalui laman web : http://www.lpktn.gov.my. Permohonan melalui pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 23sm x 10sm beralamat sendiri dengan bersetem 50 sen.

b) Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar kepada :

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TANJUNG GELANG
PETI SURAT 161
25720 KUANTAN
 (Permohonan jawatan)

Tarikh Tutup Permohonan : 11 Februari 2011

Kerjaya d UNISZA



UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN,

sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan bukan akademik tetap atau kontrak seperti berikut :

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JAWATAN GRED
PEGAWAI KESELAMATAN KP41
PENGURUS ASRAMA N41
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
PEGAWAI PSIKOLOGI S41
PEGAWAI FARMASI U41
PEGAWAI DIETETIK U41
PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41

KUMPULAN SOKONGAN
JAWATAN GRED

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
JURUPULIH PERUBATAN U29
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
PENOLONG AKAUNTAN W27
PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27
AHLI FOTOGRAFI B17
PEREKA B17
PEMBANTU MAKMAL C17
PEMBANTU PERTANIAN G17
PEMBANTU VETERINAR G17
PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL J17
PENYELIA ASRAMA N17
TUKANG K 2 R11
PEKERJA AWAM KHASR3
PEMANDU KENDERAAN R3
PEMBANTU AM PEJABAT N1

Maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas boleh layari melalui laman web UNISZA 


1. TARIF JAWATAN
Semua jawatan akan dilantik secara TETAP atau KONTRAK
2. UMUR
Permohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
3. CARA MEMOHON
i. Pemohonan hendaklah dibuat secara “ONLINE” dengan mengisi maklumat permohonan menerusi lamam web rasmi UniSZA iaitu memuat turun dari laman web http://www.aplikasi.unisza.edu.my/Permohonan Permohonan yang TIDAK DIBUAT SECARA “ONLINE” melalui laman web rasmi UniSZA tidak akan dipertimbangkan.
ii. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
4. Pertanyaan mengenai masaalah teknikal semasa mengisi borang permohonan „ONLINE” boleh dibuat dengan menghubungi talian 09-6653211/09-6653215 atau 09-6306506. Talian ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Ahad hingga Khamis)


5. Tarikh tutup permohonan pada 31Januari 2011.

Vacancy at Shell





1. Senior Production Engineer - Operations 
2. CWI Supervisor 
3. Senior Operations Project Engineer (FEED / Business Improvement)
4. Subsea Integrity & Intervention Team Lead
5. Marine Engineer 
6. Pipeline Analyst Engineer 
7. Senior/ Reservoir Engineer 
8. Senior Operations Geophysicist 
9. Senior Processing Geophysicist 
10. Senior Drilling Engineer 
11. Drilling Supervisor / Night Drilling Supervisor 
12. Senior/ Well Completion & Intervention Engineer
13. Head of Security 
14. Lead Petroleum Economist 
15. Senior ORA (Maintenance/Integrity) Engineer
16. Security Advisor 
17. Subsea Operability Specialist
18. Contingency Planning Project Engineer
19. Senior Contracts & Claims Engineer
20. Commissioning Planning Engineer 
21. Offshore Lead Installation Engineer 
22. Pipeline Pre-comissioning Engineer 
23. Deepwater Mooring Specialist 
24. Flowline Engineer 
25. Technical Standards Engineer 
26. Retail Engineering Manager (East)
27. Senior Commission & Start Up Engineer 
28. Lead/ Senior Pipeline Engineer 
29. Senior Rotating Equipment Engineer 
30. Senior Production Technologist 
31. Senior/ Cost Engineer 
32. Lead/ Senior Planning Engineer 
33. Senior Structural Engineer
34. Senior/ HSSE Advisor 
35. Senior Project Engineer 

CLICK HERE FOR JOBS REQUIREMENTS AND APPLY ONLINE

Closing Date: 28 February 2011 


Pegawai Penyelidik di UPEN Johor

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) bagi jawatan berikut: 


JAWATAN: - Pegawai Penyelidik 


IKLAN JAWATAN KOSONG IKLAN PENUH 


http://www.johordt.gov.my/images/uploads/yb/IKLAN_JAWATAN_-_Pegawai_PEnyelidik_Gred_Q.41_.pdf


BORANG PERMOHONAN MUAT TURUN BORANG 


http://www.johordt.gov.my/images/uploads/BORANG_PERMOHONAN_JAWATAN_UPEN.pdf




ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
PENGARAH,
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR,
ARAS 3, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD,
79503 KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA.
SEBELUM ATAU PADA :   15 FEBRUARI 2011

Rabu, 26 Januari 2011

Bebola Daging Herba Segar

Sedikit perkongsian mengenai resipi masakan...

Menu Pilihan kali ini ialah "Bebola Daging Herba Segar"


Bahan-bahan:

  1. 700g daging lembu kurang kemak, dikisar ataupun daging cincang...
  2. 3/4 cawan serbuk roti kering
  3. 2-3 ulas bawang putih dan ditumbuk...
  4. 1/4 cawan daun selasih dan dicincang
  5. 3 sudu besar daun parsli dan dicincang
  6. 1-2 biji telur ayam
  7. 1/2 sudu kecik garam atau secukup rasa
  8. 1/4 sudu kecil lada hitam dan ditumbuk...
  9. 3 sudu besar minyak zaitun...

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan daging, serbuk roti, bawang putih, daun selasih, parsli, telur, garam dan lada hitam. Kacau secara perlahan sehingga sebati. bentukkan dan acukan menjadi bebola mengikut saiz yang bersesuaian.
  2. Panaskan minyak di kuali. goreng bebola daging sehingga kesemua permukaannya. goreng bebola daging sehingga masak dan angkat..
  3. Enak dimakan begitu saja atau ditambah dengan kuah sambal perasa...
Selamat mencuba....

Sabtu, 22 Januari 2011

Setenang Mana PRK DUN Tenang (N.05)

Tenang??? Sejauh mana ketenangan yang dihadapi tatkala PRK yang bakal berlangsung 30hb Januari 2011 (Ahad) ini???

Tiap kali pilihanraya kecil berlaku di suatu kawasan, sudah pasti kawasan tersebut akan menjadi "hot place" yang akan dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia...Tenang juga akan menjadi kawasan yang dihormati serta disayangi oleh semua parti politik...tatkala ini, maka banyaklah pembangunan, kerja-kerja ihsan amal dan bantuan di sampaikan...banyak juga kemudahan awam akan diperbaiki...diperuntukkan dana khas pembangunan...projek-projek mega untuk kepentingan rakyat di kawasan ini....


 Jika dilihat pada carta di atas, corak pilihan rakyat sudah bertukar ganti...adakah pilihanraya kali ini akan mengejutkan keputusannya??? mungkin tidak mungkin ya...nantikan keputusan rasmi pilihanraya ini pada 30HB januari 2011 ini...

dengan berlakunya banyak PRK, pihak kerajaan terpaksa menghabiskan banyak kewangan bagi mengadakan pilhanraya...tapi yang best skali adalah kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai...sehinggakan harga barang dan permintaan penginapan menjadi tinggi...untunglah mereka pada ketika ini....(peniaga je)...

ramailah yang datang dari jauh untuk datang berkempen...ape pun haruslah berkempen secara profesional...janganlah pula bergaduh sesama sendiri...

Samada pengundi-pengundi di Tenang memilih calon di parti ini;


atau calon di parti ini;

yang penting sekali mereka haruslah memilih calon yang benar-benar layak menjadi pemimpin bagi meminpin mereka atau mewakili mereka dalam mencapai penyelesaian masalah atau pembangunan di Tenang.
Bukanlah hanya bekerja sewaktu pilihanraya saja, tetapi setiap masa dan saat bersama warga Tenang. Tidak kepada perkauman, tidak kepada perjuangan politik semata-mata, tetapi kerana TANGGUNGJAWAB yang di amanahkan oleh rakyat Tenang. 

Ini kerana sebagai rakyat, anda bebas memilih calon yang disukai oleh anda yang mampu melaksanakan segala tanggungjawab.


semoga keTENANGan dicapai seindah nama...

Next Post: PRK DUN Merlimau (N.27)

Jumaat, 21 Januari 2011

Amalan di murahkan rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


1.                   Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2.                   Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)



3.                   Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4.                   Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


5.                   Berbakti dan mendoakan ibu bapa 
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6.                   Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)  



7.                   Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8.                   Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9.                   Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.               Berpagi-pagi  
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11.               Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.               Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)



13.               Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14.               Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15.               Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16.               Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17.               Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.  


18.               Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19.               Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20.               Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: 
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) 


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Khasiat Surah Al – Waqiah :
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya :
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.