Selasa, 10 April 2012

Berbeza Pendapat Bererti Membangkang Ke???

"Berbeza pendapat bererti membangkang atau tidak menyokong"
"Bersependapat atau Sama pendapat bererti menyokong atau tidak menentang"



Kupasan kali ini adalah mengenai dua ayat di atas. Mungkin kalian semua pernah mendengar petikan tersebut atau lebih kurang sama maksud dengan ayat tersebut tetapi mungkin struktur ayat yang berbeza. Kupasan saya untuk ini tidak akan panjang berjela, mudah dan ringkas sahaja untuk memahaminya.

Saya kecilkan skop perbincangan ini menjerumus kepada sesebuah organisasi. Dalam satu organisasi sudah pasti terdiri daripada beberapa kalangan individu. Yang sudah pasti mempunyai seorang ketua dan dibantu oleh ahli yang lain. Mana mungkin sesebuah organisasi dapat berkembang maju dan dapat berfungsi dengan sebaiknya jika hanya seorang sahaja yang bekerja.



Bos dan pekerja dibawahnya mana mungkin  mempunyai pendapat yang sama. Mana mungkin juga Ketua bersependapat dengan ahli yang lain tentang sesuatu perkara. Tidak mungkin setiap individu mempunyai akal fikiran dan pendapat yang sama. Mana mungkin setiap perkara dipersetujui oleh semua tanpa ada perbalahan tanpa ada pertikaian tanpa ada ya atau tidak.

Kesimpulannya adalah tidak bermakna seseorang itu berbeza pendapat menunjukkan dia tidak menyokong atau suka membangkang. Tidak bermakna juga seseorang itu sama pendapat menunjukkan dia sentiasa menyokong dengan apa yang dilakukan. Pendek kata, bukan mudah untuk memuaskan semua orang, yang pasti kita haruslah mempunyai jati diri dan pendirian dengan keputusan yang dibuat oleh kita. Bukanlah hanya mengekori keputusan orang lain tanpa membahaskan atau memikirkannya kesan baik dan buruk perkara tersebut. 


Berbeza pendapat juga sebenarnya membantu meningkatkan lagi produktiviti sesebuah organisasi. Memang akan wujud golongan seperti ini dalam mana-mana individu. Yang pasti setiap perkara yang diutarakan mestilah berfakta dan bernas diterima semua pihak.

Untungla pada mereka yang memikirkan sesuatu perkara dan kejadian Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan